radiatus | radiatus | Sains | Hidrometeorologi | Jenis awan yang menunjukkan jalur-jalur selari yang lebar atau awan yang tersusun dalam jalur-jalur selari yang, disebabkan oleh kesan perspektif, nampak seperti menumpu ke satu titik di ufuk atau, apabila jalur-jalur tersebut melintasi seluruh langit, ke titik yang berhadapan di ufuk, yang dinamakan titik sinaran. Istilah ini digunakan terutamanya untuk sirus, altokumulus, altostratus, stratokumulus dan kumulus. |
grid ratio | nisbah grid | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nisbah kedalaman jalur-jalur legap sesuatu grid diukur dalam arah alur primer, terhadap jarak pemisahan di antara jalur-jalur itu.,2. Nisbah jumlah keluasan lubang terhadap jumlah keluasan grid. |
molecular spectrum | spektrum molekul | Kejuruteraan | Tiada | Jalur-jalur yang memberikan taburan keamatan sinaran yang dipancar atau diserap oleh molekul terhadap panjang gelombang. |
chromomere | kromomer | Biologi | Genetik | Granul-granul yang menghasilkan jalur-jalur pada kromosom yang dapat dilihat pada peringkat leptonema dan zigonema meiosis dan pada kromosom politen. |
noodle | mi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan makanan yang berupa jalur-jalur kasar dan panjang, biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum dan lain-lain. |
cirrus | sirus | Geologi | Tiada | Sejenis awan berwarna putih, berlaku sebahagian jalur-jalur beramu yang terputus-putus pada ketinggian 5000 - 13,700m. |
tiger stripe | belang harimau | Biologi | Patologi | Balang yang terdiri daripada jalur-jalur kuning yang memisahkan kawasan nekrosis. Keseluruhan gejala tersebut berlatar belakang kawasan hijau yang normal hingga nampak seperti belang harimau. |
simpalilit(Mur.) | simpalilit(Mur.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur kosmos berbentuk jalur-jalur seperti pelangi yang dijadikan tali air atau sempadan corak anyaman. Di Sarawak dikenali dengan kelarai tali air. |
core box | kotak teras | Kejuruteraan | Tiada | Kotak kayu yang besar, yang terbahagi kepada jalur-jalur sempit oleh sekatan, dan digunakan untuk menempatkan teras dari lubang jara dalam aturan teras itu diambil dari bumi. |
kelarai binulintung(Mur.) | kelarai binulintung(Mur.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur kosmos berbentuk jalur-jalur seperti pelangi yang dijadikan tali air atau sempadan corak anyaman. Di Sarawak dikenali dengan kelarai tali air. Simpalilit |