regular broadcat | siaran tetap | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siaran yang dijadualkan secara bersela lazimnya setiap jam pada jam (misalnya, jam 1.00, 2.00, 3.00, dan seterusnya) atau setiap setengah jam (misalnya, jam 1.30, 2.00, 2.30, 3.00, 3.30, dan seterusnya). |
dosage interval | selang dos | Perubatan | Tiada | Masa antara dua pemberian dos ubat seperti setiap 6 jam, 8 jam atau 12 jam. Selang dos bergantung kepada separa hayat sesuatu ubat, iaitu ubat yang mempunyai separa hayat yang lama diberikan dalam selang dos yang panjang dan sebaliknya. Pesakit yang mempunyai masalah perkumuhan ubat seperti kegagalan ginjal memerlukan selang dos yang lebih lama daripada biasa. |
clock out | jam keluar; jam habis | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
hour angle | sudut jam | Matematik | Tiada | Jarak sudut ke barat meridian samawi atau bulatan jam, iaitu lengkung khatulistiwa samawi, atau sudut di kutub samawi di antara cabang atau meridian samawi, atau bulatan jam dengan bulatan jam jasad samawi, atau ekuinoks musim bunga yang diukur ke barat. |
oestrous | estrus | Veterinar | Praklinikal | Satu daripada empat peringkat kitaran estrus yang berlaku pada haiwan mamalia. Pada peringkat ini; haiwan betina bersedia menerima jantan untuk pengawanan. Tempoh estrus berbeza mengikut spesies haiwan. Contohnya; purata tempoh estrus pada lembu ialah 18 jam; biri-biri 36 jam; kambing 40 jam; babi 45 jam; kuda 120-150 jam; kucing 6 hari dan anjing 8 hari. |
battery capacity | keupayaan bateri | Teknik | Elektrik | Tenaga yang dapat diperoleh daripada simpanan sesebuah bateri, lazimnya dinyatakan dalam unit ampere-jam. Misalnya, bateri berkadar 10 A-jam mampu mengeluarkan 2 A arus; dengan itu tenaga tersimpannya ialah 10 A-jam/2A = 5 jam. |
12-hour system | sistem 12 jam | Matematik | Tiada | Sistem waktu yang berasaskan 12 jam pada sebelah pagi dan 12 jam pada sebelah petang. Apabila waktu dinyatakan dalam sistem ini, sebelah pagi atau sebelah petang penting dinyatakan. Misalnya, pukul 5:30 mungkin bermaksud pukul 5:30 pagi atau pukul 5:30 petang. Bandingkan sistem 24 jam. |
24-hour system | sistem 24 jam | Matematik | Tiada | Sistem waktu yang berasaskan 24 jam sehari. Waktu 05:30 mewakili pukul 5:30 pagi, manakala waktu 17:30 mewakili pukul 5:30 petang. Bagi waktu pada sebelah pagi, nilai bahagian jam kurang daripada 12; bagi waktu pada sebelah petang, nilai bahagian jam sekurang-kurangnya 12. Bandingkan sistem 12 jam. |
طكسص | ṭa-kaf-sin-ṣad | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi al-Tabaraniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir. |
performance index | indeks prestasi | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah jam piawai terhadap bilangan jam kerja yang sebenarnya digunakan. |