stilt root | akar jangkang | Pertanian | Tiada | Tiada |
stilt root | akar jangkang | Biologi | Umum | Tiada |
stilt root | akar jangkang | Biologi | Ekologi | Akar yang menyokong pokok yang tumbuh dalam kawasan berpaya, misalnya bakau kurap, Rhizophora mucronata dalam paya bakau. |
mempisang | mempisang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu dalam beberapa genus famili Anonaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah antui, jangkang, manitan, monitan dan pisang pisang; di Sabah ialah karai, dan di Sarawak ialah akau dan kepayang babi. Tidak kurang daripada lima genus menghasilkan kayu ini, dan antara spesies termasuk Cyathocalyx pruniferus, Platymita siamensis, Polyalthia glauca, dan Xylopia ferruginea. Gubal kayu mempisang sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna kuning keputihan dan kuning coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mempunyai tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu mempisang mudah diproses dan dikemas siap tetapi lambat mengering. Kayu ini sesuai digunakan untuk kerja binaan ringan, penghasilan venir hirisanm, kotak dan anak mancis; manakala spesies yang lebih tumpul digunakan untuk lantai parket dan peralatan geometri. |
Swamp | Paya | Pertanian | Tiada | Habitat tumbuhan yang termasuk hutan paya bakau, paya gambut, paya lumpur dan paya bermusim. Spesies tumbuhan yang tumbuh di habitat ini mempunyai ciri penyesuaian tersendiri seperti akar jangkang dan akar pernafasan. |
swamp | paya | Herba | Botani dan Bioteknologi | Habitat tumbuhan termasuk hutan paya bakau, paya gambut, paya lumpur dan paya bermusim. Spesies tumbuhan yang tumbuh di habitat ini mempunyai ciri penyesuaian tersendiri seperti akar jangkang dan akar pernafasan. |