nicotinamide | nikotinamida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Hablur putih, iaitu amida asid mikotinik, yang terdapat di dalam jantung, hati dan otot. |
lean body mass | jisim tubuh tanpa lemak | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Bahagian badan yang terdiri daripada otot, tulang, organ dalaman (otak, jantung, hati dan buah pinggang) dan cecair badan, tidak termasuk lemak tubuh. |
riboflavin | riboflavin | Bioteknologi | Tiada | Terbitan alosazin yang mempunyai cecincin pteridina yang bergabung dengan cecincin benzena. Riboflavin terdapat dalam susu sebagai riboflavin bebas, dan dalam hati, jantung, ginjal, dan telur sebagai flavoprotein yang mempunyai kumpulan prostetik FM (flavin mononukleotida) atau FAD (flavin adenina dinukleotida). Riboflavin yang dikenali juga sebagai vitamin B2, dapat dihasilkan secara fermentasi oleh Ashbya gossypii dan Eremothecium ashbyii. |
offal | ofal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lebihan selain daging seperti hati, limpa, jantung, lidah, otak dan lain-lain. |
offal | ofal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Lebihan selain daging seperti hati, limpa, jantung, lidah, otak dan lain-lain. |
giblet | giblet | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahagian organ ayam itik seperti hati, mempedal, jantung termasuk juga kaki. |
deliberate hypothermia | hipotermia terancang | Perubatan | Tiada | Penurunan suhu badan pesakit yang dilakukan secara teratur. Hipotermia terancang akan mengurangkan kadar metabolisme sel badan dan keadaan ini akan mengurangkan risiko kerosakan organ seperti otak, jantung dan hati semasa pembedahan. Teknik ini juga boleh memberi perlindungan kepada otak pesakit yang mengalami kecederaan kepala. |
chloroform poisoning | keracunan kloroform | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kloroform (formula kimia, CHCI3) iaitu cecair mudah meruap yang tidak terbakar dan merupakan gas anestetik yang pertama ditemui. Walau bagaimanapun, penggunaannya sebagai anestetik telah dihentikan kerana berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada mata. Dos parah secara pengingesan atau penyedutan adalah lebih kurang 10 mL, manakala had pendedahan ialah 10 ppm. Jumlah berlebihan boleh menghentikan pernafasan. Tanda utama keracunan ialah tidak sedar dan kegagalan pernafasan. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan kerangsangan diikuti dengan tidak sedar, kelumpuhan pernafasan, dan sakit jantung. Keracunan kronik akibat penyedutan ekoran anestesia berulang meningkatkan kebarangkalian kerosakan hati atau buah pinggang. Pendedahan berulang dalam industri pada aras melebihi 10 ppm boleh menyebabkan kerosakan hati. Pesakit yang mati selepas beberapa hari mungkin menunjukkan degenerasi lemak dan perubahan degeneratif lain dalam hati, jantung, da |
divinyl ether | divinil eter | Kimia | Forensik | Formula kimia, C4H6O; nama dagang, Vinethene. Cecair mudah meruap dengan takat didih 28.4�C, yang larut dalam etanol, eter, dan pelarut organik lain. Cecair ini digunakan sebagai anestetik umum dan menekan semua fungsi sistem saraf pusat mengikut urutan menurun dari korteks ke medula. Jumlah yang berlebihan menghentikan pernafasan. Pesakit yang mati akibat penggunaannya mungkin menunjukkan kemerosotan lemak dan peru bahan kemerosotan lain dalam hati, jantung dan buah pinggang. Dos parah secara pengingesan atau penyedutan bahan ini adalah lebih kurang 30 mL. |
phenacetin | fenasetin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C10H13NO2; nama dagang, Gripponyl. Hablur atau serbuk putih, takat lebur 134�C - 135�C. Ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Ubat ini boleh menyebabkan tindak balas alergi. Kegunaan berulang hendaklah dielakkan dalam kes penyakit anemia, jantung, paru-paru, hati atau buah pinggang. Kesan sampingan termasuk penyakit hati, demam atau ruam kulit. Ubat ini telah digantikan dengan asetaminofen. Dos terapeutik ialah 5 �g/mL - 10 �g/mL Dos toksik ialah 50 �g/mL. Sinonim asetofenetidin. |