kokutsu dachi | langkah toleh | Sukan | Tiada | Kedua-dua kaki sebaris, sebelah lutut bengkok, sebelah lagi lurus, jari kedua-dua kaki menghala 45 darjah dan muka menoleh ke belakang. |
right hand rule | aturan tangan kanan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Aturan bagi pendaraban silang vektor yang menyatakan bahawa hala vektor hasil darab silang bagi dua vektor lain perpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua.,2. Aturan bagi dawai membawa arus yang menyatakan bahawa sekirannya jari-jari kecil tangan kanan digenggam di sekeliling dawai dengan ibu jari terbuka menghala di arah aliran arus, maka jari-jari kecil menunjuk ke arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai itu. |
right-hand rule | peraturan tangan kanan | Mekanik | Gunaan | Peraturan yang menentukan hala bagi vektor hasil darab yang diperoleh apabila dua vektor didarab silang. Peraturan ini menyatakan bahawa hala vektor hasil darab yang berkenaan berpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua [Rajah P8]. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 150 RAJAH P8 |
shiko dachi | duduk kaki syiko | Sukan | Tiada | Kedua-dua kaki renggang selari dengan posisi duduk. Kedua-dua lutut bengkok, tulang betis tegak, jari kaki menghala 45 darjah ke kiri dan ke kanan, belakang tegak. |
fifth position | posisi kelima | Sukan | Tiada | Merujuk kepada kedudukan kaki dan tangan. Tumit kaki kerja di hadapan, dan menyentuh ibu jari kaki sokong. Kedua-dua belah tangan melengkung ke atas. |
brachydactyly | brakidaktili | Biologi | Genetik | Keadaan jari tangan atau kaki atau kedua-duanya sekali yang sangat pendek. |
brachydactyly | brakidaktili | Kimia | Tiada | Keadaan jari tangan atau kaki atau kedua-duanya sekali yang sangat pendek. |
pumpuak | pumpuak | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofoil jenis rid yang tidak terkawal. Pumpuak terdiri daripada sekeping rid yang diperbuat daripada sehelai daun. Rid dipegang di antara kedua-dua ibu jari pemain dan udara ditiup melalui mulut. Apabila rid bergetar, pic tertentu dihasilkan. Alat muzik ini dimainkan khususnya oleh Orang Ulu di Sarawak sebagai hiburan untuk diri sendiri. |
amino acid | asid amino | Sains Forensik | Tiada | Asid organik yang mengandungi kedua-dua kumpulan amino berbes dan kumpulan karboksil berasid. Satu asid amino dikod oleh gabungan tiga nukleotida dalam templat DNA seperti CCT bagi prolina dan CGT bagi arginina. Asid amino adalah unit asas untuk membentuk protein. Bahan kimia seperti ninhidrin menjadikan asid amino bertukar menjadi warna ungu dan ini digunakan dalam pengesanan cap jari pendam. |
satong | satong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter. Badannya diperbuat daripada buluh, sementara empat utas talinya dipotong daripada permukaan buluh itu sendiri. Tali yang dipotong daripada alat muzik itu sendiri dikenali sebagai idiokordik. Satong dipegang dengan kedua-dua belah tapak tangan dan tali dipetik dengan jari. Alat muzik ini menghasilkan melodi dan rentak tertentu. Alat muzik yang terdapat di Sarawak ini dimainkan dalam kalangan Orang Ulu sebagai hiburan. Satong mempunyai hubung kait dengan alat ziter berbentuk tiub yang terdapat di Asia Tenggara. |