Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
right hand ruleaturan tangan kananKejuruteraanTiada1. Aturan bagi pendaraban silang vektor yang menyatakan bahawa hala vektor hasil darab silang bagi dua vektor lain perpadanan dengan hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam daripada vektor pertama kepada vektor yang kedua.,2. Aturan bagi dawai membawa arus yang menyatakan bahawa sekirannya jari-jari kecil tangan kanan digenggam di sekeliling dawai dengan ibu jari terbuka menghala di arah aliran arus, maka jari-jari kecil menunjuk ke arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai itu.
Ig;left-hand rulepetua tangan kiriFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, apabila jari tangan kiri berada di sekeliling dawai, ibu jari menghala pada arah aliran elektron, maka jari-jari tersebut akan menghala pada arah medan magnet yang dikeluarkan oleh dawai. 2. Bagi dawai membawa arus yang berada di dalam medan magnet seperti dawai pada angker suatu motor, apabila ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah mengarah keluar dan bersudut tegah antara satu dengan lain, maka jari telunjuk akan menunjukkan arah garis-garis daya magnet, jari tengah menunjukkan arah aliran arus dan ibu jari menunjukkan arah daya pada dawai.
right-hand rulepetua tangan kananFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut.
webjejaring labah-labah; jaring-jaring; web; jejaring ; keping gentian sisir (PEM.MAN)BiologiTiada1. Jejaring benang yang dianyam labah-labah.,2. Veksilum.,3. Membran yang terdapat pada jari-jari kaki katak dan burung-burung renang.
clawcakarBiologiHistologi dan Sitologi1. Unguis atau tangkai petal. 2. Kuku yang melengkung dan runcing pada jari atau ibu jari. 3. Sepit pada krustasea tertentu. 4. Cuaran melengkung pada anggota serangga.
fingerprintingpengecapan jariTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah mengenal pasti sesuatu objek, sama ada fail, hos atau sistem berpandukan ciri unik objek tersebut. Oleh sebab cap jari setiap objek dalam kelas yang sama adalah berbeza, maka teknik ini sesuai digunakan mengesan perubahan terhadap sesuatu objek. Cap jari sesuatu objek boleh dihasilkan dengan menggunakan fungsi cincang MD5 atau SHA-1. Contohnya, aplikasi pengecapan jari seperti Nmap boleh mengenal pasti jenis sistem pengendalian sesuatu sistem melalui maklumat yang diperoleh daripada pengepala paket yang dihasilkan oleh sistem tersebut.
tasto (It)tastoKesenianTiada1. Bod jari violin. 2. Kekunci alat key board.
touchsafe systemsistem sentuh selamatTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik.
dedendumdedendumMekanikGunaan1. Kedalaman jejari bagi jari gear, diukur dari bulatan pic. Lihat juga bulatan pic. 2. Bahagian gear yang berada di sebelah dalam bulatan pic gear itu [Rajah D3]. RAJAH D3 (rujuk ms. 26)
manualmanual; buku panduan; panduan kerjaKesenianTiada1. Manual: Bod jari pada alat keyboard.
123

Kembali ke atas