jarum-jarum | jarum-jarum | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Dysoxylum spp. daripada famili Meliaceae. Nama piawai kayu ini ialah membalun, yang berasal dari Indonesia. Nama tempatannya di Sabah ialah buah-buahan, dan spesies utamanya Dysoxylum acutanglum, D. arborescens, D. cauliflorum, D. corneri, dan D. venolosum. Gubal kayu jarum-jarum berwarna kuning muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah jingga atau merah bata, dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 590 hingga 910 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras, dan sederhana berat hingga berat. Kayu ini digunakan dalam kerja binaan sederhana dan berat, untuk dinding dan panel, dan dalam pembuatan perabot dan kotak kayu. |
jarum | jarum | Kesenian | Tiada | Besi yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang, digunakan untuk menjahit bahagian tepi hasil anyaman dengan menggunakan helai pandan yang halus, biasanya 3.3 mm. |
blunt-bevel needle | jarum serong tumpul | Perubatan | Tiada | Jarum khas yang hujungnya berbentuk serong dan tumpul, seperti jarum yang digunakan untuk penyekatan saraf periferi, iaitu sekatan saraf femoral dan aksilari. Tujuan jarum tersebut direka sedemikian adalah untuk mengenal pasti kedudukan lapisan tisu saraf semasa prosedur penyekatan saraf. |
acupuncture | akupunktur | Perubatan | Tiada | Kaedah pengubatan dengan mencucuk jarum-jarum ke dalam kulit atau tisu untuk melegakan kesakitan |
baiting needle | jarum umpan | Perikanan | Tiada | Jarum panjang yang mempunyai pelbagai bentuk seperti huruf J atau berlubang di hujungnya. Jarum umpan digunakan untuk mengikat ikan yang mati atau umpan bersaiz besar pada tali kail. |
art needle work | karya seni jarum | Kesenian | Tiada | Hasil pelbagai jenis kerja tangan yang menggunakan jarum seperti sulam tuntung jarum, kroset dan lain-lain. |
needle desensitization | penyahpekaan jarum | Pergigian | Tiada | Kaedah pengurusan sikap pesakit yang takut kepada suntikan. Kaedah ini melibatkan beberapa langkah iaitu pertama, meletakkan jarum yang tertutup ke gusi pesakit. Kedua, penggunaan bius topikal diikuti dengan peletakan semula jarum tertutup ke gusi pesakit dan seterusnya penutup jarum dibuka dan suntikan dibuat. Tujuan kaedah ini untuk menenangkan pesakit supaya percaya kepada perawat dan menerima kaedah rawatan tersebut. Seterusnya pesakit akan membiasakan diri dengan rangsangan yang menyakitkan. |
jarum colek | jarum colek | Kesenian | Tiada | Alat tenun halus daripada buluh, dawai, tembaga dan lain-lain yang hujungnya bercangkuk untuk mengait benang lungsin semasa proses menyampak. |
Hotchkiss superdip | supermiring Hotchkiss | Geologi | Tiada | Jarum miring yang peka, yang terdiri daripada jarum magnet yang berputar secara bebas di sekiling paksi mengufuk dan batang bukan magnet dengan berat pengimbang dilekatkan pada titik pangsi jarum. |
tinjau belukar | tinjau belukar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Randia spp. daripada famili Rubiaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jarum-jarum dan kelumpang gajah, dan di Sabah ialah bembalur. Spesies utamanya kayu ini ialah Randia anisophylla, R. racemosa, dan R. scortechinii. Gubal kayu tinjau belukar sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras hingga keras dan sederhana berat. Kayu mudah diproses dan dikemas siap, dan sederhana tahan. Kayu ini boleh digunakan untuk tiang pagar, rasuk, dan peralatan kayu. |