succession planning | perancangan pewarisan | Pengurusan | Perancangan | Satu proses terancang dalam membuat unjuran dan persediaan pelapis bagi jawatan-jawatan dalam organisasi apabila berlaku kekosongan atau keperluan dari semasa ke semasa. Pihak pengurusan sumber manusia organisasi akan mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tertentu berdasarkan kelayakan, prestasi dan potensi pekerja sedia ada. |
reinstatement | pengembalian jawatan | Ekonomi | Tiada | 1. Pengembalian jawatan: Pekerja yang telah dipecat diambil semula bekerja dengan jawatan dan gaji yang sama seperti sebelumnya. |
ex officio | ex officio | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang bersifat rasmi atau atas nama jawatan rasmi, biasanya jawatan penting yang dipangku atau ditanggung oleh orang lain buat sementara waktu. |
named position bond | bon jawatan ternama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon kesetiaan yang melindungi kerugian disebabkan oleh ketidakjujuran pekerja yang memegang jawatan tertentu dalam sesebuah organisasi. Jawatan berkenaan dicatatkan dalam bon. |
account director | pengarah pelanggan | Komunikasi | Korporat | Jawatan dalam syarikat pengiklanan dan syarikat perhubungan awam. Fungsi jawatan ini adalah untuk menguruskan semua perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pengiklanan atau syarikat perhubungan awam yang berkaitan dengan pelanggan. Dalam syarikat pengiklanan, seseorang pengarah pelanggan dipertanggungjawabkan kepada beberapa klien dan beliau perlu memastikan semua aktiviti pengiklanan dipantau dari peringkat awal pengurusan sesuatu iklan hingga ke peringkat akhir pengiklanan, khususnya hal ehwal kewangan, mutu pengiklanan, dan keberkesanan sesuatu iklan. Dalam perhubungan awam, pengarah pelanggan bertanggungjawab memantau segala projek perundingan perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang besar, terdapat lebih daripada satu jawatan pengarah pelanggan. Setiap penyandang jawatan mempunyai kepakaran da |
منصب القضأ | jawatan kehakiman | Agama Islam | Fiqh | Jawatan yang memberi kuasa kepada seseorang untuk membicarakan kes yang dibawa ke mahkamah. |
reinstate | mengembalikan jawatan | Sejarah | Tiada | Perihal melantik semula seseorang ke jawatan lama atau meletakkan seorang raja ke takhtanya semula. |
oath of office | sumpah jawatan | Undang-undang | Tiada | Sumpah yang dilafazkan apabila memegang jawatan baru. |
position bond | bon jawatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon kesetiaan yang melindungi semua pekerja yang memegang jawatan yang dinyatakan. |
state correspondent | wartawan negeri | Komunikasi | Korporat | Individu yang memegang jawatan yang wujud dalam hierarki sesuatu organisasi media. jawatan ini menghendaki individu yang dilantik bertugas di wilayah atau negeri bagi mewakili organisasi media berkenaan. beliau bertanggungjawab terhadap pengurusan organisasi di peringkat wilayah atau negeri, termasuklah kerja mengesan, mendapatkan, memproses, dan menghantar berita dari sesuatu wilayah atau negeri kepada organisasi media induk. wartawan negeri di kawasan tersebut berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam menentukan ketepatan dan ketulenan berita kerana beliau berada di kawasan sumber berita. sinonim pewarta negeri. |