Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.na.ma] | جنام

Definisi : jenis barang yg memakai nama khas yg dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat, pengilang) tertentu; berjenama mempunyai jenama, ada jenama­nya (bkn barang); menjenamakan memberikan jenama kpd sesuatu; penjenamaan pemberian jenama (nama tertentu) kpd sesuatu barang yg dihasilkan: aspek pembungkusan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.na.ma] | جنام

Definisi : nama yg khusus utk membezakan barang dagangan yg sama jenisnya tetapi dikeluarkan oleh pengeluar yg berlainan (spt Breeze, Trojan, dan Fab utk serbuk pencuci). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jenama


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brand extensionpengembangan jenamaKomunikasiKorporatStrategi pemasaran barangan baru daripada sesuatu jenama dan mengaitkan barangan tersebut dengan jenama berkenaan,khususnya bagi jenama barangan yang menguasai pasaran. Selain faktor perundangan dan peraturan, barangan baru dikaitkan dengan jenama untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan di pasaran. Contohnya, barangan jenama Nike yang pada asalnya merupakan jenama kasut sukan dikembangkan kepada barangan sukan lain seperti pakaian dan peralatan sukan, yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama. Tujuannya adalah untuk mengekalkan pelanggan sedia ada di samping mendapatkan sasaran pelanggan baru. Selain itu, pengembangan jenama juga bertujuan untuk mempelbagaikan barangan dari rangkaian jenama utama.
private brandjenama persendirianEkonomiTiadaBarang-barang yang serupa dijual dengan menggunakan lebih daripada satu jenama, misalnya jenama yang ditentukan oleh pengeluar bersama dengan jenama yang ditentukan oleh pengedar-pengedar.
brandingpenjenamaanKomunikasiKorporatProses untuk membentuk identiti dan mewujudkan citra terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan dalam kalangan pengguna. Proses ini melibatkan pembangunan dan penetapan kedudukan jenama, mempromosikan jenama dalam pasaran, dan usaha untuk membezakan identiti dan citra jenama dengan barangan lain. Dari segi barangan, proses penjenamaan dilakukan dengan memperkenalkan ciri jenama, seperti nama jenama, mutu, kepentingan penggunaan, warna, saiz, reka bentuk, pembungkusan, serta kesan emosi dan fizikal yang dihasilkan. Dari segi perkhidmatan pula, proses ini dilakukan dengan memperkenalkan ciri jenama seperti mudah dihubungi, menepati cita rasa sesuatu kelompok atau peringkat umur, dan kerap dikaitkan dengan peningkatan citra, status, arah aliran semasa, dan gaya hidup. Contohnya, perkhidmatan penyiaran stesen televisyen A yang dapat membantu penggunanya mendapat hiburan yang meriangkan seperti yang dinikmati oleh kehidupan remaja di kawasan bandar. Stesen B pula kerap dikaitkan dengan gaya kehidupan masyarakat b
brand buildingpembangunan jenamaKomunikasiKorporatProses membangunkan citra dan kedudukan jenama. Matlamat aktiviti ini adalah untuk mewujudkan kesan jangka panjang dari segi pengetahuan dan kesedaran jenama. Selain itu, proses ini bertujuan untuk mengukurhkan kedudukan jenama dalam pasaran terutama apabila barangan menghadapi saingan. Aktiviti ini boleh juga dilakukan untuk membangunkan jenama baharu atau membangunkan semula jenama yang tidak mendapat sambutan dalam pasaran. Proses membangunkan jenama melibatkan kesemua proses komunikasi dari peringkat mewujudkan kesan pengetahuan dan kesedaran sehingga kepada kesan pengamalan dan penggunaan barangan atau perkhidmatan.
brand managerpengurus jenamaKomunikasiKorporatIndividu yang bertanggungjawab mengurus segala aspek perancangan pemasaran bagi sesuatu jenama. Adakalanya individu ini dikenali juga sebagai pengurus barangan. Peranan pengurus jenama adalah menyediakan strategi pemasaran sesuatu jenama yang dipertanggungjawabkan. Tujuannya adalah untuk mengekalkan jenama melalui pengurusan penjenamaan dan pemasaran secara aktif. Proses ini bermula dari peringkat perancangan sehingga pe -ringkat pelaksanaan, sama ada bersifat konseptual atau fizikal. Proses ini dilakukan dengan pendekatan komunikasi pemasaran bersepadu yang menggabungkan peranan hubungan media, perhubungan awam, pemasaran, dan jualan. Matlamat akhirnya adalah untuk memastikan kejayaan sesuatu jenama agar selari dengan kejayaan jenama lain yang telah dihasilkan oleh syarikat.
brand consciousnesskesedaran jenamaKomunikasiKorporatPeringkat pengetahuan dan keprihatinan pengguna terhadap jenama sesuatu barangan. Peringkat kesedaran ini merupakan paras pengetahuan dan kepekaan seseorang terhadap sesuatu jenama yang membolehkan mereka mengaitkan dirinya dengan status jenama tersebut. Peringkat inilah yang hendak dicapai oleh kempen pengiklanan. Tahap tersebut biasanya dicapai dalam tempoh masa yang panjang. Konteks kesedaran ini boleh dilihat dari segi kaitan mutu dan pakej jenama dengan status pengguna. Pembentukan kesedaran perlu melalui proses pembangunan jenama.
brand switchingperalihan jenamaKomunikasiKorporatSalah satu daripada tingkah laku pengguna dalam membuat keputusan pembelian barangan atau perkhidmatan. Proses peralihan jenama dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti harga, gaya hidup baru, umur, pekerjaan, desakan jurujual dan kempen iklan. Pengguna yang mempunyai tingkah laku ini tidak setia terhadap sesuatu jenama dan mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Pengurus pemasaran sentiasa memantau tingkah laku pengguna terhadap sesuatu jenama dalam perancangan kempen jualan, promosi, dan pengiklanan. Selain berusaha mengekalkan pengguna sedia ada, mereka cuba mempengaruhi pengguna lain mengubah kesukaan daripada jenama sedia ada kepada jenama yang dipromosikan. Peralihan jenama biasanya merupakan tingkah laku semula jadi manusia yang suka kepada perubahan.
brand shareperkongsian jenamaKomunikasiKorporatStrategi penggalakan pemasaran pelbagai barangan yang bernaung di bawah satu jenama. Contohnya, dengan mengiklankan syarikat A, khalayak pada masa yang sama dapat mengaitkan pelbagai jenis barangan yang bernaung atau diedarkan di bawah jenama A. Tujuan perkongsian jenama adalah untuk mengurangkan risiko kegagalan pemasaran, di samping mengekalkan risiko kegagalan pemasaran di samping mengekalkan atau meningkatkan pasaran barangan atau perkhidmatan.
brand imagecitra jenamaKomunikasiKorporatPersepsi khalayak terhadap sesuatu jenama. Persepsi ini biasanya bergantung pada cara pembentukan citra sesuatu jenama diberikan. Pemberian citra barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan biasanya berasaskan identiti barangan melalui proses promosi dan pengiklanan berpandukan falsafah serta prinsip syarikat atau organisasi. Citra jenama biasanya bersifat positif dan dikaitkan dengan ciri kejayaan, kemanusiaan, keselamatan, ketuhanan, dan perkara lain yang positif serta bermakna. Hal ini sangat akrab dengan kepercayaan, kenyakinan, pendapat, dan pendirian khalayak umum. Contohnya, sesebuat syarikat multinasional membentuk citranya dengan mengaitkan barangannya dengan kebersihan alam sekitar, manakala sebuah syarikat lain pula mengaitkan barangannya dengan pengurusan kebajikan para pesakit kanser. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persepsi positif terhadap barangan dan organisasi serta mengukurhkan pasaran. Pembentukan sesuatu citra kerap juga dikaitkan dengan arah aliran dan gaya hidup khalayak sasaran. Sin
brand equityekuti jenamaPentadbiranTiadaNilai sesuatu jenama berdasarkan darjah kesetiaan terhadap jenama, kesedaran nama, mutu tertanggap dan aset lain, seperti paten dan tanda dagangan.
12345678910...

Kembali ke atas