actus reus | actus reus | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Elemen fizikal yang perlu ada dalam membentuk liabiliti jenayah atau tanggungan jenayah. Elemen ini termasuk juga dalam bentuk peninggalan, iaitu kegagalan atau kecuaian untuk menjalankan tugas mengikut peraturan undangundang. Dalam undang-undang jenayah, actus reus boleh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kelakuan, akibat dan keadaan. Kelakuan ialah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang, contohnya tindakan menembak ke arah hospital adalah dilarang dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Akibat ialah kesan daripada perbuatan sesuatu jenayah, contohnya membunuh orang awam atau tawanan perang dalam konflik bersenjata. Manakala, keadaan pula ialah apa-apa fakta atau motif yang berkaitan dengan subjek jenayah, contohnya pelaku jenayah, perbuatan subahat, objek jenayah (mangsa), atau apa-apa modaliti jenayah lain seperti masa jenayah dan tempat jenayah. Bagi memastikan kewujudan actus reus dalam perbuatan jenayah, konsep kelakuan dan akibat yang terhasil daripada perbuatan jenayah perlu dibezakan. H |
crime story | cerita jenayah; berita jenayah | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
computer crime | jenayah komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Jenayah yang melibatkan penyalahgunaan komputer dan seumpama dengannya yang boleh didakwa di bawah akta jenayah komputer sesebuah negara. Jenayah ini meliputi cetak rompak perisian dan perkakasan, pengubahan dan pemusnahan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat atau meraih keuntungan. |
criminal profiling | pemprofilan jenayah | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pemerhatian yang dilakukan di tempat kejadian jenayah dan corak jenayah tersebut untuk menentukan ciri-ciri pesalah. Kaedah ini dapat membantu pihak polis mengecilkan skop suspek yang dicari dan membolehkan pihak polis merancang strategi untuk soal siasat. |
nullum crimen sine lege | nullum crimen sine lege | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kaedah yang menetapkan bahawa seseorang tidak melakukan sebarang jenayah dan tidak boleh dihukum sekiranya tidak ada undang-undang jenayah yang memperuntukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu sebagai satu jenayah ketika individu berkenaan melakukannya. Kaedah ini menghalang undang-undang jenayah daripada dipakai secara ex post facto atau secara ke belakang, supaya jangan ada suatu perbuatan yang bukan jenayah ketika ia dilakukan dijadikan sebagai satu jenayah yang boleh dihukum. Kaedah ini tergabung dalam undang-undang jenayah antarabangsa. Kaedah ini membentuk prinsip kesahihan jenayah. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �tiada jenayah tanpa undang-undang�. |
national criminal jurisdiction | bidang kuasa jenayah nasional | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bidang kuasa sesebuah negara untuk menghukum perbuatan jenayah. Bidang kuasa ini termasuk bidang kuasa pihak penguatkuasa seperti polis untuk menangkap penjenayah, dan bidang kuasa mahkamah domestik untuk mengadili penjenayah. Bidang kuasa jenayah nasional ditentukan sendiri oleh negara berkenaan melalui proses perundangan. Terdapat keadaan apabila beberapa buah negara menuntut untuk mengadili seseorang penjenayah. Dalam hal ini, undang-undang antarabangsa mengatur tuntutan-tuntutan tersebut dan menentukan beberapa prinsip umum. Contohnya, Encik X, seorang warganegara A disyaki melakukan jenayah keganasan di negara B. Mangsa terdiri daripada warganegara B dan C. Negara A boleh menuntut untuk mendakwa X kerana si penjenayah ialah warganegaranya, dengan syarat Negara A mempunyai undang-undang jenayah yang meliputi aktiviti keganasan di luar wilayahnya. Negara B juga boleh menuntut untuk mendakwa X kerana jenayah tersebut berlaku dalam wilayahnya dan mangsa jenayah tersebut ialah warganegaranya |
genocide | genosid | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jenayah yang dilakukan dengan hasrat untuk memusnahkan sesuatu kumpulan nasional, etnik, bangsa atau agama, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. Jenayah ini lazimnya menyasarkan anggota sesuatu kumpulan yang dilindungi, dan tindakan genosid merangkumi perbuatan membunuh, mendatangkan kemudaratan, mengenakan keadaan hidup yang dijangka akan membawa kemusnahan fizikal, mengenakan langkah untuk menghalang kelahiran, atau memindahkan dengan paksa kanak-kanak sesuatu kumpulan ke dalam kumpulan lain. Genosid boleh menjadi sebahagian daripada jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan, dan boleh menjadi jenayah tersendiri. Triti yang diwujudkan bagi mengatasi jenayah ini ialah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid. |
criminal procedure | tatacara jenayah | Sains Forensik | Tiada | Tatacara perundangan jenayah yang diambil untuk mendakwa seseorang yang melanggar undang-undang jenayah. |
ne bis in idem | ne bis in idem | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Doktrin yang menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dilakukan dua kali atas kausa tindakan yang sama. Dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa, Mahkamah Jenayah Antarabangsa akan menjalankan bidang kuasa terhadap sesuatu jenayah antarabangsa hanya sekiranya negara yang mempunyai bidang kuasa ke atas jenayah itu tidak mahu atau tidak mampu menjalankan bidang kuasa jenayah tersebut. Hal ini dilakukan supaya orang yang disyaki itu tidak didakwa dua kali atas jenayah yang sama. |
modus operandi | modus operandi | Sains Forensik | Tiada | Istilah yang berasal dari Latin yang bermaksud kaedah operasi sesuatu jenayah dilakukan. Modus operandi digunakan untuk menentukan corak bagaimana penjenayah melakukan suatu jenayah atau siri jenayah. |