Jeruju | Acanthus ilicifolius | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas yang tersusun bersetentangan dan tepi daun bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunga bentuk spika keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keunguan, buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renik biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti di paya, tepi sungai dan di sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok melainkan akar juga digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit, juga sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batang diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan dan wanita lepas bersali |
Acanthus ilicifolius | jeruju | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan tepi daunnya bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunganya berbentuk spika, dan tumbuh keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keungu-unguan dan buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renek ini biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti paya, tepi sungai dan sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok, selain akar digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit dan sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batangnya diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan ibu selepas |
Acanthus ebracteatus | Jeruju hitam | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunga berwarna putih dan biru di tengah. Buah jenis kapsul mengandungi empat biji. Tumbuhan ini jenis herba. Air rebusan akar digunakan untuk merawat demam panas yang kronik dan bersama batang digunakan juga untuk kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan biji diminum atau biji yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Biji yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daun digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, wanita selepas bersalin, tonik rambut. Air rebusan daun diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. |
Acanthus ebracteatus | jeruju hitam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunganya berwarna putih dan biru di tengah. Buahnya jenis kapsul dan mengandungi empat biji. Air rebusan akarnya digunakan untuk merawat demam panas yang kronik, dan air rebusan akar dan batangnya juga digunakan untuk menjaga kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan bijinya diminum atau bijinya yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, merawat bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Bijinya yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daunnya digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, rawatan ibu selepas bersalin dan tonik rambut. Air rebusan daunnya diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan ini boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. |