Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ikan yu yg besar serta ganas, Carcharhinus dussumieri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jerung I

Puisi
 

Tanam timun dalam jerelung,
     Sagu ladang makan dek kuda;
Segala semut sejenak jerung,
     Tidak padan dengan kita.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sharkskin fabricfabrik kulit jerungPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
sharkskin fabricfabrik kulit jerungKesenianTiadaTiada
squaleneskualenaPentadbiran PerniagaanTiadaHidrokarbon tak tepu, didapati dalam hati jerung dan sebagainya yang merupakan pelopor kolesterol dalam biosintesis.
kelarai sinoronipon(Du., Kdz.)kelarai sinoronipon(Du., Kdz.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk gigi jerung, lazimnya terdapat pada seraung.
gumbang-gumbang(Baj., Sam.)gumbang-gumbang(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan, berbentuk gigi ikan jerung, lazimnya diukir pada sarung senjata tradisional.
lampbrush chromosomekromosom berus lampuBiologiHistologi dan SitologiKromosom tetrad diploten pada amfibia, burung dan ikan jerung tertentu yang kelihatan seperti “berus lampu” apabila dilihat dengan mikroskop elektron. Struktur yang kelihatan seperti “bulu berus” itu, sebenarnya gelung yang berpunca daripada paksi kromosom homolog yang dicantumkan oleh dua kiasma yang jauh letaknya. pada tahap awal, biasanya diplonem mempunyai empat bebenang tetrad tetapi di dalam kromosom berus lampu ini tiada sebarang sub-bahagian paksi kembar yang kelihatan pada empat bebenang tetrad ini kecuali pada tempat yang terhad.
wounded bait fishumpan ikan lukaPerikananTiadaUmpan daripada ikan hidup yang dikelar supaya mengeluarkan darah dan bau. Umpan ini digunakan untuk menangkap ikan pemangsa seperti ikan jerung.
extraembryonic membranemembran ekstraembrioVeterinarPraklinikalStruktur atau tisu yang berkembang daripada zigot tetapi tidak menyumbang kepada pembentukan fetus. Reptilia; unggas dan mamalia yang tergolong dalam kumpulan amniot mempunyai empat membran ekstraembrio; iaitu kantung yolka; amnion; korion dan alantois. Ikan bertulang; ikan berawan seperti jerung dan beberapa spesies amfibia hanya mempunyai kantung yolka.
dive lightlampu selamPerikananTiadaLampu kalis air yang digunakan oleh penyelam pada waktu malam atau di kawasan yang tidak mempunyai cahaya. Lampu selam boleh terdiri daripada pelbagai jenis antaranya ialah lampu suluh biasa yang menggunakan bateri atau lampu kimia. Lampu kimia boleh digunakan untuk menghalau ikan jerung daripada menghampiri penyelam.
euphasideufasidSains MarinTiadaKumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus.
12

Kembali ke atas