amateur binding | jilidan amatur | Perpustakaan | Tiada | Jilidan separuh kulit yang dibuat khas atas permintaan pemilik atau pengarang buku. |
armorial binding | jilidan berlambang | Perpustakaan | Tiada | Jilidan yang dihiasi dengan lambang atau alat kebesaran kerabat diraja atau kaum bangsawan. |
cathedral binding | jilidan cathedral | Perpustakaan | Tiada | Jilidan buku yang dihias dengan motif seni bina Gothic yang dibuat pada tahun 1815 dan 1840 di England dan Perancis. |
binding variation | jilidan berbeza | Perpustakaan | Tiada | Jilidan buku, walaupun diterbitkan dalam edisi yang sama, yang berbeza dari segi warna, jenis kulit buku, blok tangan dan sebagainya yang mungkin disebabkan seluruh edisi tidak dijilid dalam waktu yang sama, atau keadaan storan yang tidak memuaskan. |
cameo binding | jilidan kameo | Perpustakaan | Tiada | Bentuk jilidan yang bahagian tengah papan kertas dicop dengan corak cetak timbul yang menyamai permata antik atau medal. |
ajoure binding | jilidan ajur | Perpustakaan | Tiada | Gaya jilidan secara tradisional dengan arabesk, salutan emas, keratan kulit pada latar belakang yang berwarna. |
backless binding | jilidan tanpa belakang | Perpustakaan | Tiada | Jilidan yang tulang belakangnya rata atau cekung, ditutupi kertas dan bersadur, dan kadang kala bercorak tekan timbul supaya kelihatan seperti tubir hadapan. |
coil binding | jilidan pilin | Perpustakaan | Tiada | Bentuk jilidan yang terdiri daripada sebaris lubang-lubang kecil yang ditebuk pada setiap helaian dan helaian-helaian tersebut dihubungkan melalui dawai pilin berpintal yang dimasukkan melalui lubang-lubang kecil tadi. |
author's binding | jilidan pengarang | Perpustakaan | Tiada | Jilidan unggul yang digunakan pada beberapa naskhah buku sebagai naskhah hadiah daripada pengarang. |
countersunk | teraan dalam | Perpustakaan | Tiada | 2. Teraan dalam: Jilidan yang bercorak panel terbenam atau bentuk yang tertekan ke bawah paras normal jilidan untuk memperlihatkan label, tatah dalam atau hiasan. |