Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jinak-jinak

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu simpul pulih;
Hak jinak jadi jalang,
     Guna tipu hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Air jernih,
     ikannya jinak.

Bermaksud :

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tonguelidahVeterinarPraklinikalOrgan perasa yang diliputi epitelium skuamus berlapis yang mengandungi papila; terutama sekali pada permukaan dorsal. Semua haiwan bela jinak mempunyai papila filiform; fungiform dan sirkumvalat. Papila foliat pula hanya terdapat pada lidah kuda; babi dan anjing dan tidak terdapat pada haiwan bela jinak yang lain. Kesemua papila kecuali filiform mempunyai tunas perasa. Tunas perasa ini membantu haiwan memilih makanan yang mengandungi elemen yang kekurangan dalam badan. Pada sesetengah spesies haiwan; seperti lembu; katak dan biawak; lidah digunakan untuk mencengkam.
tame animalhaiwan jinakVeterinarTiadaTiada
petting zoozoo haiwan jinakVeterinarTiadaTiada
domestic animalhaiwan domestikGeografiTiadaHaiwan jinak yang hidup di bawah jagaan manusia.
anconaancona (ayam)Pentadbiran PerniagaanTiadaAyam ternakan jinak dari kelas Mediteranean yang menyerupai laghorns, berbulu putih dan berbintik-bintik hitam.
junior scriptwriterpenulis skrip mudaKomunikasiTiadaOrang yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan skrip dan tidak banyak pengalaman mengenainya.
seed-stock herdkelompok stok benihVeterinarTiadaKumpulan ternakan yang dikhususkan untuk penghasilan baka terpilih bagi tujuan penggandaan. Kumpulan ini mempunyai ketulenan yang tinggi dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki seperti pertumbuhan yang cepat, penghasilan susu dan telur yang banyak, ternakan lebih jinak dan tahan kepada serangan penyakit.
free range systemsistem pemeliharaan lepas bebasVeterinarTiadaKaedah pemeliharaan ternakan yang dilepas secara bebas di satu kawasan yang luas pada sepanjang masa. Sistem ini juga dipanggil sistem ekstensif. Sumber makanan bagi haiwan yang dipelihara dalam sistem ini terdiri daripada rumput asli dan tumbuhan yang terdapat di kawasan tersebut. Dari segi pengurusannya, sistem ini melibatkan kos yang lebih rendah, ternakan memakan rumput yang kurang berkualiti dan kadangkala perlu diberi makanan tambahan untuk memenuhi keperluan yang sebenar. Biasanya ternakan yang dipelihara dalam sistem ini lebih sukar diurus dan kurang jinak berbanding dengan sistem lain. Proses pembiakannya berlaku secara semula jadi dan mempunyai tahap produktiviti yang rendah. Haiwan yang dipelihara dalam sistem ini juga lebih mudah terdedah kepada jangkitan penyakit. Sistem pemeliharaan begini biasanya digunakan sebagai satu langkah penjimatan tenaga buruh dan juga kos pengurusan.

Kembali ke atas