archaeological site | tapak arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak yang mengandungi tinggalan budaya manusia yang terdiri daripada tapak terbuka dan tertutup. Kawasan ini meliputi zaman prosejarah seperti di Tingkayu (Sabah). Zaman Protosejarah di Kuala Selinsing (Perak) dan Zaman Sejarah di Johor Lama (Johor). Antara jenis tapak adalah seperti penempatan, bengkel, pelabuhan, industri, kerajaan awal dan perdagangan. |
Grand Chamberlain (Johor) | Dato' Perdana Dalam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
gamelan Jawa (Mal) | gamelan Jawa | Kesenian | Tiada | Gamelan yang berkembang di Johor. |
fort | kubu | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak pertahanan dan kota pemerintahan yang diperbuat daripada bata, kayu bakau, cangkerang atau tanah yang ditinggikan. Kedudukannya terletak di kawasan pedalaman atau dipinggir sungai. Terdapat juga kubu yang mempunyai menara peninjau. Di Malaysia, perkembangannya wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Lama dan Baru serta semasa zaman penjajahan Belanda dan Inggeris. Contohnya, Kota Johor Lama (Johor), Kubu Datuk Maharaja Lela (Perak) dan A. Famosa (Melaka). Sinonim benteng. |
kerantung (Mal) | kerantung | Kesenian | Tiada | Alat muzik daripada kayu berbentuk silinder yang berongga terdapat di Johor. |
rebana kerincing (Mal) | rebana kerincing | Kesenian | Tiada | Gendang satu muka berbentuk seperti kompang yang terdapat di Johor. |
kuda kepang | kuda kepang | Kesusasteraan | Tiada | Tarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam. |
purbawara | purbawara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merupakan sebahagian daripada genre sandiwara yang merangkumi drama sejarah dan ceterawara. Dalam purbawara mengisahkan tentang kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Johor dan tokoh pahlawan. Namun, kemudiannya purbawara menyerap cerita moden yang menyentuh isu semasa. Antara cerita yang dipentaskan ialah Robohnya Kota Lukut karya Kala Dewata, Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrum Husain, Gugurnya Melati Pujaan Temasik oleh Atan Ali, dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. |
terminus ante quem | batas akhir | Kesusasteraan | Tiada | Pemilihan batas waktu terakhir dalam sebuah teks. Contoh: teks Sejarah Melayu edisi Raffles yang berakhir dengan serangan Portugis ke atas Sungai Telur di Johor pada tahun 1535. |
hexagonal shape | bentuk segi enam | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bentuk yang terdapat pada artifak mempunyai bentuk segi enam. Contoh yang paling jelas ialah peninggalan syiling zaman Kesultanan Melayu Johor yang diperbuat daripada timah dengan nilaian katun. Bahagian tepinya dipotong sehingga menghasilkan bentuk segi enam. Terdapat tulisan di bahagian hadapan dan belakang yang ditulis dengan tulisan Hoza Al Masruf dan Dar Al Johorah. Syiling bentuk ini dikeluarkan sekitar abad ke 17 M. |