Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata johor riau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
classicklasikKesusasteraanTiadaKategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting
triadic networkjaringan tiga serangkaiSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan kerjasama yang melibatkan tiga negara dan memiliki hak serta peranan yang sama dalam aspek tertentu seperti ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Kerjasama ini dibuat sebagai usaha untuk memupuk hubungan baik menjaga kepentingan bersama dan mendapatkan faedah atau keuntungan daripada hubungan tersebut. Contohnya, kerjasama MAPHILINDO antara Malaysia, Filipina dan Indonesia pada tahun 1960-an, SIJORI iaitu kerjasama antara Singapura, Johor dan Riau serta kerjasama BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Sinonim rangkaian tiga serangkai.

Kembali ke atas