Clonal variety | Varieti klonal | Pertanian | Agronomi | Sesuatu klon tanaman yang telah lama terkenal dan ditanam secara meluas hingga ianya dianggap sebagai satu varieti. Contohnya, nanas Josapine boleh dianggap sebagai varieti klonal kerana ia dibiak secara vegetatif dan mempunyai baka yang sama dengan pokok induknya. Pada awalnya ia terhasil daripada kacukan antara varieti Johore dengan varieti Sarawak. Pilihan hasil kacukan ini telah dinamakan Josapine dan baka ini dikekalkan sebagai varieti klonal. |