juxtaposition | jukstaposisi | Kesusasteraan | Tiada | Teknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�. |
montage | montaj | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah yang digunakan oleh pengarang untuk melahirkan makna atau suasana dalam karya. Kaedah ini melibatkan gabungan beberapa unsur penceritaan, peristiwa secara bertentangan atau jukstaposisi. Gabungan unsur penceritaan yang pelbagai sering dibuat tanpa susunan yang teratur atau logik sehingga memberi kesan tertentu kepada khalayak. Montaj banyak terdapat dalam bidang seni reka, drama dan filem. Dalam kesusasteran, penggunaan montaj ditemui dalam novel dan cerpen yang menggunakan pelbagai bentuk teknik penceritaan, khususnya dalam karya berbentuk tak konvensional. Makna atau kesan yang terdapat dalam cerita disampaikan melalui susunan peristiwa atau unsur yang saling bertentangan dan bukannya melalui susunan yang teratur seperti dalam karya konvensional. Montaj biasanya disampaikan melalui monolog dalaman watak dalam karya. Contoh penggunaan montaj dapat dilihat dalam novel bertajuk Daerah Zeni oleh A. Samad Said. |