Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.nam] | جونم

Definisi : ; menjunam bergerak dgn kepala dahulu mengarah ke bawah, menukik: se­konyong-konyong kapal terbang itu ~ meng­hala ke kapalnya; menjunamkan 1. melayangkan (mener­junkan) arah ke bawah atau menyerang ke bawah, menukikkan: juruterbang itu ~ kapal terbangnya ke arah kapal terbang musuh; 2. membenamkan: kalau puntung berbara dijunamkan ke dlm tabung berisi hidrogen, ia akan meletus menyala; terjunam menjunam dgn tidak sengaja: kapal terbang itu jatuh ~ ke dlm laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.nam] | جونم

Definisi : ; menjunam bergerak kepala dahulu menghala ke bawah; menukik: Tiba-tiba kapal terbang itu ~ ke sawah. menjunamkan melayangkan (menerjunkan) ke arah bawah atau menyerang ke bawah; menukikkan: Penerbang Jepun berani ~ kapal terbangnya ke arah kapal musuh sambil menggugurkan bom. terjunam jatuh kepala dahulu: Kapal terbang yg tertembak itu ~ ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junam
Kata Terbitan : menjunam, menjunamkan, terjunam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dipcelup; miring; junam; dipKesenianTiada1. Sifat junam sebuah satah perlapisan atau lapisan batuan. Junam sebenar satah perlapisan/lapisan batuan adalah sudut di antara junam dan satah mendarat. 2. Dip: Istilah untuk bahagian garis pinggang yang terendah pada bahagian tengah hadapan pakaian wanita, popular pada tahun 1890-an dan awal abad ke-20.
divejunamAeroangkasaTiada1. Junam: Olah gerak penerbangan dalam keadaan penurunan menjunam dengan kuasa atau tanpa kuasa enjin.,Meter yang mengukur kelajuan penerbangan mengikut nombor Mach.,1. Junam: Olah gerak penerbangan dalam keadaan penurunan menjunam dengan kuasa atau tanpa kuasa enjin.
downwellingjunam airSains MarinTiadaPergerakan air laut dari bahagian permukaan ke dasar laut yang berlaku disebabkan oleh proses yang berbeza. Kebiasaannya pergerakan air laut ini disebabkan oleh perbezaan ketumpatan air, seperti air sejuk atau air berkemasinan tinggi yang lebih tumpat berbanding dengan air panas atau air berkemasinan rendah. Junam air dapat berlaku di kawasan pertemuan arus lautan yang menolak air permukaan ke bawah seperti kawasan pusaran subkutub Atlantik Utara. Pergerakan angin juga boleh mendorong berlakunya junam air. Kawasan-kawasan junam air mempunyai produktiviti yang rendah kerana nutrien dalam turus air digunakan, tetapi tidak diganti oleh air kaya nutrien dari dasar laut. Junam air juga membolehkan ventilasi laut dalam berlaku kerana air permukaan membawa oksigen terlarut turun dari permukaan ke dasar lautan.
divejunamSukanTiada2. Junam: Melonjak ke depan dengan kepala dahulu mengarah ke dalam kolam untuk memulakan renang. Sinonim: front dive
racing divejunam lumbaSukanTiadaJunam di blok permulaan yang biasanya dilakukan oleh perenang dalam pertandingan gaya rangkak, gaya kupu-kupu dan gaya dada.
fast droppukul junam lajuSukanTiadaPukul junam yang dilakukan dengan cepat dan bulu tangkis melepasi atau hampir pada jaring di kawasan lawan.
hairspin droppukul junam putarSukanTiadaPukul junam yang dilakukan dengan bulu tangkis berputar dan kemudian menjunam.
sliced droppukul junam pancungSukanTiadaPukul junam yang dilakukan dengan laju tetapi bulu tangkis bergerak dengan perlahan ke kawasan hadapan jaring.
dip streamsungai junamGeografiTiadaSungai yang mengalir mengikut junam strata batuan bagi kawasan tersebut.
tumble divejunam gulung (Sukan Air)SukanTiadaPenerjun yang terjun secara menjunam dan berpusing, pada sukan terjun junam.
12345678910...

Kembali ke atas