justification | justifikasi | Matematik | Tiada | Penjelasan untuk menyokong sesuatu tuntutan. |
full justification | justifikasi penuh | Pendidikan | Tiada | Pemprosesan perkataan atau paparan penerbitan yang merupakan sejenis penjajaran teks iaitu dijajarkan ke kanan di atas margin kanan dan dijajarkan ke kiri di atas margin kiri. |
justification of profit | justifikasi keuntungan | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
justification of losses | justifikasi kerugian | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
motivation | dorongan/motivasi | Kesusasteraan | Tiada | Justifikasi aksi sesuatu watak dalam plot berikutan dengan sebab yang meyakinkan dan mendorong ke arah berlakunya sesuatu aksi, lebih merupakan kombinasi beberapa situasi yang merangsang lahirnya suatu situasi aksi watak dalam sesebuah karya. |
motivation | motivasi | Kesenian | Drama dan Teater | Justifikasi terhadap aksi sesuatu watak dalam plot berikutan sebab yang meyakinkan dan mendorong ke arah berlakunya sesuatu tindakan. Motivasi biasanya mengandungi kombinasi antara unsur psikologi dengan peristiwa luaran. Sinonimrangsangan. |
creative objective | objektif kreatif | Kesenian | Drama dan Teater | Matlamat atau justifikasi yang harus dicari sendiri oleh pelakon untuk memahami dan meyakini perwatakan yang digunakan dalam lakonan metod. |
raison d'etre | pewajaran; pematutan | Sejarah | Tiada | Alasan atau sebab atau justifikasi untuk kewujudan sesuatu hal, perkara atau peristiwa. |
raison d'etat | raison d'etat | Sejarah | Tiada | Alasan atau sebab atau justifikasi untuk melakukan sesuatu demi kepentingan negara. |
rationalization | rasionalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Sejenis mekanisme bela diri dengan cara membuat justifikasi yang boleh diterima tetapi tidak benar atau bertentangan dengan tindakan yang dilakukan. Contohnya, pelajar yang gagal menghantar tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan dengan menyatakan bahawa pemacu penanya diserang virus dan terlupa membuat salinannya. |