K-meson | meson-K | Fizik | Moden | Empat meson pseudoskalar yang mempunyai jisim kira-kira 495 MeV dan mereput melalui saling tindakan yang lemah: K+,K-,Kso,dan K1o. Meson-meson ini terdiri daripada dua dublet spin isotop, dublet [K+, Ko] dan budlet antizarahnya [K-, Ko] yang masing-masing mempunyai hipercas atau keanehan +1 dan –1, dengan Kodan Ko adalah gabungan keadaan K1o dan Kso) kaon. |
K stars | bintang K | Matematik | Tiada | Bintang jenis spektrum K, berwarna oren kemerahan, dan mempunyai suhu permukaan yang kira-kira 3500 hingga 5000 kelvin. Arcturus dan Aldebaran adalah bintang K. |
vitamin K | vitamin K | Perubatan | Tiada | Vitamin larut lemak yang terbit daripada naftokuinon dan terdiri daripada dua bentuk utama, iaitu vitamin K dan vitamin K2. Vitamin K1 banyak terdapat di dalam rumput alfalfa, kubis dan bayam, manakala vitamin K2 pula banyak terdapat di dalam ikan. Vitamin K diperlukan untuk sintesis trombin, dan kekurangannya menghindar sintesis protrombin oleh hati, dan dengan itu menjejaskan daya penggumpalan darah; kekurangan daya penggumpalan darah ini mengakibatkan perdarahan, terutamanya pada bayi pramatang, dan pada pesakit yang mengalami penyakit hati. |
K capture | tangkapan K | Kejuruteraan | Tiada | Tangkapan elektron K oleh nukleus. |
K radiation | sinaran K | Kejuruteraan | Tiada | Sinaran akibat pengujaan elektron petala K. |
K electron | elektron K | Kejuruteraan | Tiada | Elektron yang beredar dalam petala K. |
K-capture | K-tawanan | Fizik | Atom dan Nuklear | Elektron yang berada dalam orbitan petala-K yang ditawan oleh nukleus atom yang sama supaya nukleus atom tersebut menjadi lebih stabil. Tawanan ini menurunkan satu unit nombor atom kerana elektron yang ditawan mengubah satu proton nukleus kepada satu neutron. |
K line | garis K | Kejuruteraan | Tiada | Satu daripada garis sinar x cirian akibat pengujaan elektron petala K. |
K-winds | angin K | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin pada aras penerbangan, dan ditentukan dengan menggunakan sistem K. |
Product Life Cycle (P.L.C) | Kitaran Hayat Keluaran (K.H.K) | Pentadbiran | Tiada | Perjalanan jualan dan keuntungan sesuatu keluaran sepanjang hayatnya yang meliputi lima peringkat, iaitu pembangunan, pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan. |