hutch | sangkar arnab; sarang arnab;kabinet berpara | Kesenian | Tiada | Kabinet berpara: Kabinet yang mempunyai para di bahagian atasnya. |
Cabinet Secretary | Setiausaha Kabinet | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan mesyuarat kabinet. Beliau merupakan pegawai pentadbiran utama di Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Kabinet adalah juga Ketua Setiausaha Negara. Tugas-tugas setiausaha ini ialah menyediakan agenda dan minit mesyuarat kabinet, menyampaikan keputusan kabinet kepada badan pelaksana kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan perbadanan awam. Setiausaha Kabinet juga merupakan penasihat utama kepada kabinet dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam. |
cabinet drier | pengering kabinet | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Alat yang terdiri daripada kabinet bersalut penebat yang mempunyai kipas yang mengedar udara melalui pemanas dan sesekat. Sesekat ini boleh dilaras supaya udara dapat dihalakan secara mendatar atau menegak di antara dulang-dulang makanan. Pengering kabinet biasanya digunakan untuk pengeringan sayur-sayuran dan buah-buahan. |
hanging cabinet | kabinet gantung | Kesenian | Tiada | Kabinet yang direka khusus untuk digantung pada siling. |
wall cabinet | kabinet dinding | Kesenian | Tiada | Kabinet yang direka khusus untuk diletakkan pada dinding. |
hall stand | kabinet ruang tamu | Kesenian | Tiada | Kabinet tinggi yang mempunyai cermin muka, penyangkut dan ruang menyimpan barang, biasanya diletakkan di laluan masuk ruang tamu. |
wall hung cabinet | kabinet dinding-gantung | Kesenian | Tiada | Kabinet yang direka khusus untuk digantungkan di dinding. |
loading cabinet | kabinet salur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempat yang seakan-akan kabinet yang bersaluran untuk menyalurkan bungkusan atau mel ke bahagian lain. |
console | konsol | Kesenian | Tiada | 1. Panel atau kabinet yang dipasangkan padanya suis, dail, radas dan sebagainya yang digunakan untuk mengawal dan mengendalikan sesuatu peralatan eletrik dan mekanik.,2. Kabinet radio, televisyen dan sebagainya yang berhias dan direka khusus untuk ditempatkan di atas lantai. |
cabinet minister | menteri kabinet | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan. |