ك | kaf | Agama Islam | Hadith | 1. Singkatan kepada al-Hakim yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Mustadrak. 2. lihat: كر |
كر | kaf-ra | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada Ibn ‘Asakir yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Tarikh Dimasyq. |
bronchial cuff | kaf bronkus | Perubatan | Tiada | Bahagian yang boleh digelembungkan dan terletak di hujung tiub endobronkial. Bahagian ini terdiri daripada membran berbentuk sebiji belon kecil yang boleh diisi dengan udara atau cecair. Selepas tiub endobronkial dimasukkan ke dalam bronkus, udara atau cecair sebanyak 2 ml hingga 5 ml dipam ke dalam belon. Belon akan mengembang dan menutup bahagian sisi endobronkial untuk menghalang udara keluar menerusi sisi tiub tersebut. |
حك | ḥa-kaf | Agama Islam | Hadith | Singkatan kepada al-Hakim al-Tirmidhiy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Nawadir al-Ụsul. |
طك | ṭa-kaf | Agama Islam | Hadith | lihat: طب |
طكس | ṭa-kaf-sin | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi al-Tabaraniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam Awsat. |
طكسص | ṭa-kaf-sin-ṣad | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi al-Tabaraniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Mu’jam al-Kabir, Mu’jam al-Awsat dan Mu’jam al-Saghir. |
طكص | ṭa-kaf-ṣad | Agama Islam | Hadith | Singkatan bagi al-Tabaraniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Saghir. |