Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaitan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Langmuir isothermal equationpersamaan isoterma LangmuirFizikHabaKaitan antara jumlah gas yang terjerap yang berlaku dalam satu lapisan molekul dan tekanan pada suhu tetap. Salah satu bentuk kaitan ini adalah seperti yang berikut: θ = bp/1+bp dengan θ pecahan permukaan yang ditutupi oleh gas terjerap, b pemalar, p tekanan gas. Istilah ini juga dikenali sebagai isoterma jerapan Langmuir.
Pick�s diseasepenyakit PickPerubatanTiada1. Atrofi lobus otak. 2. Asites dan penyakit hati berserat yang ada kaitan dengan perikarditis konstriksi; disebut juga pseudosirosis perikardium hati.
population IIIpopulasi IIIMatematikTiada1. Populasi andaian bagi bintang superpadat yang mungkin wujud sebelum galaksi terbentuk dan mungkin telah menghasilkan kandungan helium alam semesta dan sinaran latar belakang mikrogelombang yang mempunyai kaitan dengan peringkat awal letupan besar.
electromagnetelektromagnetFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Magnet yang terjadi daripada gegelung yang membawa arus yang dibalikkan pada teras keluli atau besi lembut. 2. Cabang ilmu Fizik yang membincangkan prinsip atau hukum tentang kaitan keelektrikan dengan kemagnetan dan juga tentang kemagnetan yang dihasilkan oleh arus elektrik.
fimbriafimbriaPerubatanTiada1. Sebarang struktur tepian, misalnya fimbria hippocampi. 2. Apendaj halus yang menyerupai flagelum, tetapi lebih kecil dan pendek, dan wujud dengan bilangan yang lebih banyak daripada flagelum. Struktur ini terdapat pada bakteria tertentu, dan mempunyai kaitan dengan sifat antigen permukaan tertentu. Lihat juga pilus (2).
drifthanyutanMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Kesan halaju bendalir terhadap halaju objek yang bergerak di dalam bendalir tersebut, relatif terhadap titik luar yang tetap; iaitu perbezaan vektor antara halaju objek relatif terhadap bendalir dengan halaju objek yang sama relatif terhadap rujukan tetap. Dalam penerbangan, hanyutan lazimnya dinyatakan sebagai kaitan perbezaan sudut antara arah dan haluan, dan hanya dapat dihasilkan dengan angin silang. Apabila halaju angin selari dengan hala pesawat udara (angin sakal atau angin buritan) hanyutan ini dianggap sifar. 2. Kelajuan arus lautan yang biasa dinyatakan dalam km per hari atau knot.
quantum numbernombor kuantumKimiaTiadaNombor yang merupakan nilai unit asas tenaga elektromagnet. Nombor ini menyatakan sifat-sifat gelombang elektron. Elektron sesuatu unsur mempunyai empat nombor kuantum yang mentakrifkan sifat-sifatnya, iaitu pertama, nombor kuantum utama n yang terdiri daripada sebarang integer positif, (n = 1,2,3... ¥). Nombor ini menentukan aras atau petala tenaga elektron yang utama. Kedua, nombor kuantum momentum sudut l yang terdiri daripada integer yang berkait dengan n, iaitu l = 0, 1, ... , (n – 1). Nilai pemalar ini menentukan orbital. Misalnya, l = 0, orbital ialah s; l = 1, p; l = 2, d; dan seterusnya. Ketiga, nombor kuantum orbital magnet m yang terdiri daripada integer berkait dengan l, iaitu m = 0, ±1, ±2, ±3,... ±l. Nombor ini menyatakan orientasi orbit berasaskan medan magnet yang kuat. Keempat, nombor kuantum spin magnet s yang tidak ada kaitan dengan nombor-nombor kuantum lain, dan mempunyai nilai, sama ada + ½ atau - ½ bergantung pada arah spin elektron pada paksinya.
indirect calorimetrykalorimetri tak langsungVeterinarTiadaKaedah untuk mengukur pengeluaran haba pada ternakan dan dikira berasaskan pengukuran dalam pertukaran pernafasan iaitu jumlah pengambilan oksigen (O2) dan pengeluaran karbon dioksida (CO2). Nisbah karbon dioksida yang dikeluarkan terhadap oksigen yang diambil (dikenali RQ) adalah khusus untuk sesuatu bahan makanan yang mempunyai kaitan dengan jenis nutrien yang dimetabolismekan. Formula: RQ=CO2/O2 yang diambil. Contohnya, RQ bagi katabolisme karbohidrat dikira seperti berikut: 1. C6H12O6 O2 ?6 CO2 + 6 H2O + 673 kcal 2. RQ=6 CO2/6 O2 = 1 RQ bagi protein, lemak dan campuran lemak masing-masingnya 0.8, < 1 dan 0.7.

Kembali ke atas