digression | penyimpangan | Kesusasteraan | Tiada | Bahan yang kurang jelas kaitannya dengan tema atau perbincangan pokok yang dimasukkan ke dalam cerita sebelum cerita tersebut disambung semula. Daripada satu pihak, penyimpangan dianggap sebagai satu kelemahan kerana mengganggu perkembangan plot dan memperlihatkan pengarang tidak dapat mengawal jalan cerita dengan baik. Penyimpangan biasanya tidak digenari dalam esei formal, drama atau naratif yang padat serta kental susunannya. Daripada pihak yang lain, penyimpangan dianggap menawarkan kelegaan komik atau memberi maklumat tambahan untuk memperhebatkan cerita. Penyimpangan sering digunakan dalam novel pikares (picaro) dan novel epik. Antara bentuk penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan yang digunakan ialah simile epik. Selain itu, penyimpangan juga dijumpai dalam esei yang tidak formal sifatnya atau novel yang menggunakan aliran kesedaran. Penyimpangan yang panjang dikenali sebagai hujungan rinci. Antara penulis yang gemar menggunakan penyimpangan ialah Lawrence Sterne dalam k |
Taurus X-1 | Taurus X-1 | Matematik | Tiada | Punca sinar-X yang ada kaitannya dengan saki-baki supernove Nebula Ketam yang kedua dikesan pada tahun 1936 dan yang pertama dikenal pasti secara optik. |
springing | memegas | Kejuruteraan | Tiada | Getaran seluruh kapal yang disebabkan oleh daya ombak yang ada kaitannya dengan sifat elastik kapal tersebut. |
anatomy | anatomi | Perubatan | Tiada | Cabang ilmu sains perubatan asas yang mengkaji struktur tubuh dan kaitannya antara satu sama lain. |
soil microbilogy | mikrobiologi tanah | Biologi | Ekologi | Kajian tentang mikroorganisma yang hidup di dalam tanah, dan kaitannya dengan pertanian. |
descriptive epidemiology | epidemiologi perihalan | Perubatan | Tiada | Cabang sains yang mendefinasikan keadaan sesuatu, menerangkan dengan terperinci serta menjelaskan kaitannya dengan faktor-faktor etiologinya. |
dietary law | kanun makanan | Sejarah | Tiada | Undang-undang yang berhubung dengan penggunaan berbagai-bagai jenis makanan dan kaitannya seperti campuran susu dan daging yang diamalkan oleh ortodoks Yahudi. |
public service | perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu institusi yang bertanggungjawab menguruskan segala kegiatan atau usaha pemerintah yang ada kaitannya dengan kepentingan orang ramai. Ia adalah sektor terpenting bagi melaksanakan usaha-usaha pembangunan untuk rakyat di samping memberikan perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh golongan peniaga, usahawan dan sektor swasta. Matlamat utama perkhidmatan awam adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan, cekap, produktif dan mencakupi kehendak rakyat sebagaimana yang dihasratkan oleh pemerintah. Perkhidmatan awam ialah institusi yang berkecuali, bebas daripada pengaruh politik, memberikan khidmat kepada kerajaan yang memerintah dengan penuh taat setia tanpa mengambil kira fahaman atau ideologi kerajaan tersebut. Perkhidmatan awam amat perlu bagi memelihara kesejahteraan rakyat, mengawal keselamatan, keamanan dan mengurus pembangunan ekonomi. Pemerintah bertanggungjawab menggubal dasar dan peraturan tertentu manakala pelaksanaannya menjadi tanggungjawab perkhidmatan awam. |
Tempel's comets | komet Tempel | Matematik | Tiada | Dua komet yang dikesan oleh Ernst W.L. Tempel pada tahun 1866, yang ada kaitannya dengan gerak meteor Lepnid. |
graphite lines | garis grafit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Garis tegak berwarna hitam yang dicetak di bahagian belakang setem British dalam tahun 1957, yang ada kaitannya dengan penggunaan mesin isih automatik. |