Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengkajian mengenai penceraian logam dr bijihnya (penghasilannya, serta peng­olahannya), metalurgi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metallurgical engineeringkejuruteraan pelogamanKejuruteraanTiadaPenggunaan prinsip kaji logam dalam sains kejuruteraan.
knife switchsuis pisauTeknikElektrikSuis yang menggunakan bilah logam berbentuk pisau untuk menutup dan membuka sentuhan suis. Bahagian hujung bilah logam ini dipasangkan dengan tangkai bertebat. Suis jenis ini biasanya digunakan pada litar yang menggunakan arus terus melebihi 10 ampere. Suis pisau digunakan pada litar uji kaji (yang voltannya amat rendah) dan dipasang dalam keadaan daya tarikan graviti boleh mematikan suis tersebut, ertinya pada kedudukan mati tangkainya mengarah ke bawah.
epigraphyepigrafiKesusasteraanTiadaKajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Bat

Kembali ke atas