corrosion | kakisan | Kejuruteraan | Petroleum | Proses kimia atau proses elektrokimia yang kompleks yang berlaku di antara logam dengan sekitarnya yang boleh menyebabkan logam berkenaan musnah, rosak atau hancur. Berdasarkan penyebabnya, terdapat beberapa jenis kakisan, seperti kakisan manis, kakisan masam, kakisan oksigen, kakisan galvani dan sebagainya. |
oxygen corrosion | kakisan oksigen | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: kakisan karat. Kakisan terhadap logam yang diakibatkan oleh persentuhan logam berkenaan dengan oksigen atau udara serta kehadiran wap air. Merupakan jenis kakisan yang biasa berlaku serta selalu menimbulkan masalah terhadap selongsong, tetiub, pam, rentetan rod dan peralatan logam yang lain yang sering bersentuhan dengan udara atau oksigen. Kakisan jenis ini boleh menghasilkan lubang-lubang yang dalam pada logam mengalaminya. |
galvanic corrosion | kakisan galvani | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : kakisan elektrolisis Kakisan yang diakibatkan oleh aliran arus elektrik dari satu bahagian alat ke bahagian yang lain atau dari satu ke alat yang lain. Kakisan jenis ini boleh menyebabkan kerosakan peralatan dengan cepat terutama pada rentetan rod penyedut. |
sweet corrosion | kakisan manis | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : kakisan karbon dioksida. Kakisan yang terjadi ke atas logam akibat persentuhan logam tersebut dengan gas karbon dioksida dan/atau asid, terutama asid karbonik. Kakisan yang terjadi akan menyebabkan logam berkenaan menjadi bertambah buruk serta kurang nilainya. |
sour corrosion | kakisan masam | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: kakisan hidrogen sulfida. Kakisan terhadap logam yang diakibatkan oleh persentuhan logam berkenaan dengan hidrogen sulfida atau dengan sebatian-sebatian sulfur yang lain. merupakan kakisan yang ganas, dan logam yang mengalaminya akan berlubang-lubang kecil, menggerutu dan retak akibat kelesuan atau kegagalan yang teruk. |
inhibitor (corrosion) | pembantut (kakisan) | Kejuruteraan | Petroleum | Agen yang apabila ditambahkan ke dalam satu sistem akan memperlambatkan atau mencegah terjadinya tindak balas kimia atau kakisan. Pembantut kakisan digunakan secara meluas dalam operasi penggerudian dan pengeluaran untuk mencegah kakisan pada alat-alat logam yang terdedah kepada hidrogen sulfida, karbon dioksida, oksigen dan/atau air garam. Antara bahan pembantut yang biasa digunakan dalam bendalir penggerudian termasuklah bahan amina, kromat dan kapur. |
corrosion | kakisan | Kimia | Tiada | Tindak balas redoks yang berlaku pada logam akibat tindakan agen kakisan yang menukarkan logam tersebut kepada bahan yang tidak dikehendaki. Agen kakisan yang utama ialah oksigen, wap air, larutan natrium klorida, dan pH larutan. Kakisan berlaku apabila logam yang terdedah pada udara bertindak dengan oksigen lalu membentuk lapisan oksida lalu membentuk lapisan oksida logam. Misalnya, ferum bertindak dengan oksigen untuk membentuk ferum(II) oksida, dan ferum(II) oksida pula bertindak dengan wap air untuk membentuk ferum(III) oksida terhidrat yang dapat dilihat sebagai karat pada permukaan besi. |
coupon | kupon | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim: kupon kakisan Jalur logam yang kecil yang dicelup ke dalam atau didedahkan kepada sistem, seperti sistem bendalir, untuk mengetahui tabii dan kehebatan kakisan yang terjadi di dalam sistem yang bersangkutan, terutama kadar kakisan yang berlaku. Boleh juga digunakan untuk mengesan pengaruh bahan pencegah kakisan terhadap tabii atau kehebatan kakisan pada sistem tempat bahan tersebut dimasukkan. |
potassium hydroxide poisoning | keracunan kalium hidroksida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kalium hidroksida (formula kimia, KOH), iaitu alkali korosif. Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 2mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, pesakit mungkin pulih selama 2-4 hari, tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gaster atau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g. |
potassium carbonate poisoning | keracunan kalium karbonat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan kalium karbonat (formula kimia, K2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teruk, muntah, cirit-birit, dan pengsan, Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, dia mungkin pulih selama 2 - 4 hari, tetapi mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gasteratau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan pada kulit menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan pada orang dewasa ialah 20 g. |