Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ki.ta.ngan] | کاکيتاڠن

Definisi : pekerja (pejabat, syarikat, dll), pembantu (yg turut melaksanakan atau me­ngurus kerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ki.ta.ngan] | کاکيتاڠن

Definisi : pekerja atau pembantu di sesebuah pejabat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kakitangan (kata nama)
Bersinonim dengan pekerja, tenaga pekerja, tenaga manusia, staf.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
staff managementpengurusan kakitanganPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah atau cara majikan mengurus dan mentadbir kakitangan dalam organisasi. Kaedah ini merangkumi pelbagai langkah seperti program latihan dan pembangunan sebagai pendedahan ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan kakitangan dan seterusnya melahirkan kakitangan yang berdaya saing, mahir dan kreatif. Corak pengurusan kakitangan yang cekap akan memantapkan lagi pentadbiran organisasi. Biasanya, Bahagian Sumber Manusia merupakan bahagian atau jabatan yang bertanggungjawab membuat pemantauan pengurusan kakitangan.

public servantkakitangan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang berkhidmat dalam sektor awam yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan bidang tugas tertentu. Kakitangan awam atau pekerja kerajaan ini bertanggungjawab secara kolektif untuk memastikan matlamat, misi dan wawasan negara dapat dicapai sepenuhnya. Kakitangan awam boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat tertentu bermula daripada kakitangan peringkat rendah sehingga kepada Ketua Setiausaha Negara. Tugas utama kakitangan awam lebih tertumpu kepada perkhidmatan dan bukan bersifat keuntungan. Kumpulan ini juga tertakluk kepada Perintah Am Perkhidmatan Awam sebagai garis panduan kerja. Biasanya, kakitangan awam akan menjawat jawatan mereka sehingga berumur 56 tahun.

staff traininglatihan kakitanganPentadbiranPentadbiran Awam

Program yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan atasan untuk memberikan pendedahan yang lebih luas tentang kerjaya dan tanggungjawab kakitangan terhadap organisasi kerja. Program ini biasanya diberikan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pemahaman kakitangan supaya lebih produktif dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan imej dan produktiviti organisasi. Latihan kakitangan boleh diterjemahkan dalam pelbagai aspek berdasarkan bentuk dan cara program latihan dilaksanakan. Sesetengah organisasi awam memberikan latihan dengan cara menaja dan membuka peluang kepada kakitangannya untuk meneruskan pengajian dalam bidang tertentu yang sesuai dengan keperluan organisasi. Kebanyakan organisasi mendedahkan latihan dalam bentuk kursus, seminar, bengkel, forum dan sebagainya. Contohnya, kursus kepimpinan, pembangunan kendiri, pembangunan profesional,teknologi maklumat dan komunikasi, kualiti, pembangunan ekonomi, kewangan, pengurusan sumber manusia, bahasa dan komunikasi.

line and staff organisationorganisasi garisan dan kakitanganPentadbiranPentadbiran Awam

  Entiti yang bersaiz besar dan kompleks serta bilangan kakitangannya ramai. Keadaan ini menyebabkan hubungan kerja tidak lagi wujud secara langsung sebaliknya bersifat hierarki. Dua kelompok besar dalam hubungan kerja ini ialah pihak atasan dan kakitangan garisan. Pihak atasan berperanan sebagai penasihat dan perancang dasar dan dikenali juga sebagai kakitangan pengurusan. Manakala kelompok kakitangan garisan pula terlibat dalam tugas untuk melaksanakan dasar organisasi.

human resource planningperancangan sumber manusiaPentadbiranPentadbiran Awam

Perancangan sumber tenaga kerja dalam sesebuah organisasi yang mencakupi segala bentuk pengurusan kakitangan. Matlamat utama perancangan ini adalah untuk mengelakkan masalah kelebihan atau kekurangan kakitangan pada satu-satu tempoh masa tertentu. Menurut Mondy, Noe dan Premeaux (2002), perancangan sumber manusia ini merupakan proses sistematik dalam menilai keperluan sumber tenaga kerja bagi memastikan bilangan kakitangan dalam organisasi dengan kemahiran yang diperlukan tersedia apabila diperlukan. Organisasi perlu membuat perancangan yang rapi terhadap personel yang ada supaya kuantiti kakitangan yang diperlukan selaras dengan kualiti yang berikan. Perancangan ini mempunyai kaitan langsung dengan visi, misi dan objektif organisasi. Oleh yang demikian, segala bentuk perancangan yang ingin dibuat oleh majikan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran kakitangan, mestilah dibuat dengan teliti, teratur dan tepat.

segregation of dutiespengasingan tugasTeknologi MaklumatTiadaPembahagian tugas menurut kakitangan tertentu. Jika berlaku kesilapan, kekurangan atau kecuaian, kita boleh merujuk kepada kakitangan tersebut sahaja.
operational planningperancangan operasiPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan dengan kerjasama kakitangan tertentu bagi memastikan kelancaran sesuatu operasi atau aktiviti organisasi. Pada kebiasaannya, sebelum sesuatu tindakan perancangan diambil, perbincangan akan dibuat oleh majikan berdasarkan kepentingan aktiviti yang hendak dijalankan bersama kakitangan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes tertentu, perancangan yang dibuat tidak memerlukan penglibatan kakitangan. Perancangan operasi akan melibatkan beberapa aspek penting seperti pemilihan kakitangan yang berkaitan, batasan kewangan, tempoh masa dan komitmen pihak terlibat.

crash tenderkenderaan bantu nahasAeroangkasaTiadaKenderaan yang dilengkapi dengan peralatan dan kakitangan untuk membantu sesuatu nahas.,Kenderaan yang dilengkapi dengan peralatan dan kakitangan untuk membantu sesuatu nahas.
work ethicsetika kerjaPentadbiranPentadbiran AwamBudaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang akan menghasilkan sifat pekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. Etika yang murni akan membentuk imej positif organisasi tersebut. Etika kerja juga mempunyai hubungan yang rapat dengan tingkah laku kakitangan dan budaya yang diamalkan dalam organisasi. Etika ini sering kali dibincangkan dalam konteks nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan organisasi. Contohnya, sikap tidak curi tulang sewaktu bertugas, menggunakan kad perakam waktu dengan jujur, menjaga kerahsiaan organisasi dan keselamatan peralatan organisasi.
skill developmentpembangunan kemahiranPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha, tindakan atau langkah-langkah kemajuan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan kakitangan. Pembangunan kemahiran mencakupi proses pemantapan kendiri untuk melahirkan kakitangan yang berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited. Dalam konteks ini, pihak atasan berperanan untuk merangka, mereka bentuk, melaksanakan dan mengenal pasti elemen-elemen penting bagi pembangunan kemahiran. Antara elemen-elemen penting yang dimaksudkan ialah pengalaman kerja kakitangan, kemahiran, prestasi kerja, kekananan dan kualiti peribadi.

12345678910...

Kembali ke atas