Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1. kata penghubung (kata sendi) utk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihurai­kan berikutannya), jika, jikalau: pekerja-pekerja akan berhenti mogok ~ pihak majikan menerima tuntutan mereka; 2. seandai­nya, sekiranya, misalnya: ~ begitu tentu Sutan tak akan lama tinggal di rumah bukan? 3. bagi..., menurut pendapat..., sekira­nya (saya dll) yg terlibat atau yg memutuskan dsb: ~ saya, budak itu sudah patut dihukum; kalau-kalau barangkali, jangan-jangan, takut-takut, adakah (apakah)...: ia bimbang ~ ada orang yg melihatnya; segala menteri dan penggawa pergi mencari paduka anak-anda baginda pd segenap rimba dan padang ~ ada jatuh diterbangkan Dewa Sukma Belantara; kalaupun walaupun, jika pun, sekalipun: ~ ada, tidak terbayar kita harganya; berkalau-kalau mengatakan sesuatu yg tidak pasti dgn mengatakan kalau berkali­kali, atau memberikan pelbagai alasan: mengapa pula ~ Fikri?; budaya ilmu menjauhkan masyarakat drpd membuat serkap jarang, ~ dan berpura-pura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lau] | کالاو

Definisi : 1 kata yg menyatakan syarat dll; jika: ~ tidak ada halangan, saya akan datang petang ini. 2 sekiranya; seandainya; umpamanya: ~ engkau tidak berhenti, tentu pangkatmu sudah naik. kalau-kalau barangkali; boleh jadi: Cuba bertanya pd orang tua itu, ~ dia tahu. kalaupun jika sekalipun: ~ barang itu ada, tentulah mahal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalau (kata tugas)
Bersinonim dengan jika, jikalau, seandainya, sekiranya, misalnya, bila, senyampang.,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Kalau tumbang saya tolakkan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Kalau kurang saya sorakkan.


Lihat selanjutnya...(945)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(180)

2

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stockstok; saham; kalauPentadbiran PerniagaanTiada4. Kaldu: Cecair daripada penstewan tulang, daging, ikan, sayur dan lain-lain sebagai bahan asas sup, kuah dan sebagainya.,5. Air rebusan daripada tulang, reja-reja daging, ikan dan sayur.
hence or otherwiseoleh yang demikian atau kalau tidakMatematikTiadaTiada
zinc whiteputih zinkGeologiTiadaPewarna putih yang terang tetapi tidak begitu legap kalau dibanding dengan putih fluks.
zinc whiteputih zinkKesenianTiadaPewarna putih yang terang tetapi tidak begitu legap kalau dibanding dengan putih fluks.
arcusarkusSainsHidrometeorologiAwan tebal dan beralun secara mendatar dengan tepi yang bergerigis dan terdapat di bahagian bawah sesetengah awan, kalau melus, awan menyerupai arca gelap. Arkus selalu terdapat bersama awan kumulonimbus dan jarang-jarang dengan kumulus.
impulseimpulsFizikMekanikDaya yang bertindak pada suatu sistem dalam waktu yang sangat singkat. Untuk daya yang malar, impuls adalah F...t. Kalau daya berubah-ubah, impuls dihitung dari kamiran daya tersebut pada suatu sela waktu tertentu. Perubahan momentum yang terhasil dari impuls, sama dengan impuls tersebut. lih. daya impuls
dimensional homogeneitykehomogenan dimensiKejuruteraanTiadaKeseragaman unit ukuran iaitu setiap sebutan dalam ungkapan mempunyai unit ukuran yang sama. Sebarang persamaan perlu mempunyai kehomogenan dimensi, kalau tidak persamaan itu tidak akan memberikan hubungan yang betul apabila sebutan dalam ungkapan yang berkenaan digantikan dengan nilai angka yang berpadanan.
dimensional homogeneitykehomogenan dimensiMekanikGunaanKeserangan unit ukuran, iaitu setiap sebutan dalam ungkapan mempunyai unit ukuran yang sama. Sebarang persamaan perlu mempunyai kehomogenan dimensi, kalau tidak persamaan itu tidak akan memberikan hubungan yang betul apabila sebutan dalam ungkapan yang berkenaan digantikan dengan nilai angka yang berpadanan.
seismic basementbatuan dasar seismikKimiaTiadaBatuan alas yang tertakrif daripada data seismik yang berada paling bawah jujukan batuan sedimen. Bahan kerak bumi yang berada di bawah dari batuan ini (kalau pun ada) tidak lagi dipentingkan dalam kajian yang sedang dalam perhatian.
seismic basementbatuan dasar seismikKejuruteraanPetroleumBatuan alas yang tertakrif daripada data seismik yang berada paling bawah jujukan batuan sedimen. Bahan kerak bumi yang berada di bawah dari batuan ini (kalau pun ada) tidak lagi dipentingkan dalam kajian yang sedang dalam perhatian.
12

Kembali ke atas