Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li.mat] | کليمت

Definisi : 1. ayat; anak ~ ayat kecil yg tidak dapat berdiri sendiri dan bergantung pd atau menjadi sebahagian drpd ayat yg lain (ayat majmuk); induk ~ ayat yg dapat berdiri sendiri sbg ayat lengkap dan menjadi bahagian yg terpenting atau ayat pangkal dlm ayat majmuk (bersusun); 2. perkataan; ~ (kata) lepas kali­mat (kata) yg berdiri sendiri (tidak berhu­bungan dgn yg lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li.mat] | کليمت

Definisi : 1 kata atau kumpulan kata yg berhubungan dan mempunyai maksud (makna) tertentu; ayat. 2 sesuatu yg diucapkan (dituturkan); perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalimat (kata nama)
1. Bersinonim dengan ayat

2. Bersinonim dengan perkataan: kata, ungkapan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pattems of wordspola kataKesusasteraanPuisiKerangka kata yang dipilih oleh penyair dengan teliti bagi membentuk frasa-frasa dan kalimat-kalimat dalam sesuatu baris atau rangkap puisi. Pola kata yang diturunkan umumnya terbentuk oleh adanya kombinasi pola kata huruf Konsonan� Vokal-Konsonan (KVK) atau Vokal-Konsonan-Vokal (VKV). Contohnya, puisi "Dialog" karya Kassim Ahmad. Tenteramlah (KVK) anak (VKV)
parenthesistanda kurungKesusasteraanTiadaKata, frasa, atau suku kalimat yang di sisipkan ke dalam kalimat yang sebenarnya sudah lengkap.
parallelismkesejajaranKesusasteraanPuisiPembentukan frasa ataupun kalimat dalam baris-baris puisi pada sesuatu rangkap. Biasanya unsur kesejajaran itu dilakukan pada frasa atau kalimat dalam sesuatu baris yang berhampiran.
brachyliogybrakiliogiKesusasteraanPuisiKalimat yang dibina oleh seseorang penyair, lengkap dan mampu menyampaikan isu, amanat atau pemikirannya sama ada dalam sesuatu baris atau bait mahupun dalam sesuatu rangkap. Sinonim kalimat padat.
hackneyedkliseKesusasteraanPuisiPengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. .
pleonasmulang bazirKesusasteraanPuisiPenggunaan gaya pengulangan seperti pengulangan diksi, frasa, kalimat dan rangkap yang dianggap membazir atau tiada memberi makna kepada keseluruhansesebuah puisi. Walaupun tiada pengulangan dilakukan, makna atau penjelasan yang diberikan sebelumnya melalui diksi, frasa, kalimat atau rangkap itu sudah mencukupi. Sinonim makrologi, pleonasme.
brachyliogykalimat padatKesusasteraanPuisiLihat brakiliogi.
proverbperumpamaanKesusasteraanTiadaKalimat yang mengungkapkan keadaan atau kelakuan seseorang dengan menggambil perbandingan dari alam sekitar.
anacoluthiaanakolutiaKesusasteraanTiadaPemakaian kalimat yang sengaja menyimpang daripada aturan.
hypotaxishipotaksisKesusasteraanTiadaKonstruksi kalimat atau fasa koordinatif yang menggunakan kata penghubung.
12345

Kembali ke atas