potassium hydroxide poisoning | keracunan kalium hidroksida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kalium hidroksida (formula kimia, KOH), iaitu alkali korosif. Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 2mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, pesakit mungkin pulih selama 2-4 hari, tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gaster atau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g. |
aqueous | akueus | Kimia | Tiada | Berkaitan dengan larutan yang pelarutnya air. Misalnya, larutan akueus kalium hidroksida yang disediakan dengan melarutkan kalium hidroksida di dalam air |
potassium hydroxide | kalium hidroksida | Kimia | Tiada | Sebatian tak organik beralkali, formula KOH, takat lebur 405oC, takat didih 1320oC, wujud dalam bentuk pepejal putih lembap cair, sangat mengakis, larut di dalam air dan etanol dan larut sedikit di dalam eter. Kalium hidroksida disediakan secara industri melalui elektrolisis larutan pekat kalium klorida dan juga melalui pemanasan kalium karbonat atau kalium sulfat dengan kapur mati, Ca(OH)2. Sebatian ini digunakan sebagai bahan pengering dan penyerapan karbon dioksida dan sulfur dioksida, dan juga digunakan dalam pembuatan sabun lembut, dan bateri alkali. Nama umunya ialah potasy kaustik. |
potassium hydroxide | kalium hidroksida | Kimia | Tiada | Tiada |
caustic potash | potasy kaustik | Kimia | Tiada | Lihat kalium hidroksida. |
acid number | nombor asid | Perubatan | Tiada | Bilangan miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas yang terdapat dalam minyak, lemak, dan lilin. |
ester number | nombor ester | Kimia | Tiada | Bilangan miligram kalium hidroksida yang diperlukan dalam penyabunan ester asid lemak dalam satu gram lemak, lilin, minyak dan sebagainya. |
acid value | nilai asid | Kimia | Tiada | Bilangan miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas yang terdapat dalam minyak, lemak, dan lilin. |
caustic alkali | alkali kaustik | Kimia | Tiada | Alkali yang diperoleh apabila natrium atau kalium hidroksida larut di dalam air. |
benzilic acid | asid benzilik | Kimia | Tiada | CO2H, yang diperoleh melalui pemanasan benzil dengan alkohol dan kalium hidroksida. |