Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lo.ri] | کالوري

Definisi : 1. unit kuantiti haba (banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 1°C dr suatu paras suhu yg ter­tentu, yg bersamaan dgn 4.2 joule); 2. unit ukuran bagi nilai tenaga makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.lo.ri] | کالوري

Definisi : 1 satuan atau unit utk menyukat haba yg bersamaan dgn 4.1868 joules; banyaknya haba yg diperlukan utk menaikkan suhu satu gram air sebanyak 10C. 2 unit tenaga yg diperoleh drpd makanan: Satu auns gula menghasilkan 100 ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalori


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caloriekaloriKimiaTiadaUnit kuantiti haba dalam sistem sentimeter-gram-saat. Kalori ditakrifkan sebagai kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1oC. 1 kalori bersamaan dengan 4.18oC joule.
calorific valuenilai kaloriKimiaTiadaKuantiti haba yang dibebaskan semasa pembakaran lengkap seunit jisim bahan api. Nilai ini ditentukan dengan menggunakan kalorimeter bom. Nilai kalori dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram.
very low calorie diet (VLCD)diet kalori terlalu rendah (VLCD)Makanan dan PemakananPemakananJenis diet yang membekalkan 400 hingga 800 kalori sehari, biasanya diambil dalam bentuk cecair untuk menggantikan makanan seharian. Daripada jumlah ini, 120 hingga 480 kalori terdiri daripada karbohidrat dan bakinya adalah daripada protein berkualiti tinggi. Diet ini disarankan untuk individu yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat melalui formulasi yang dibentuk agar dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun, jenis diet ini hanya boleh digunakan untuk waktu yang singkat, biasanya dalam 12 minggu.
calorie requirementkeperluan kaloriPerubatanTiadaNilai kalori yang diperlukan oleh seseorang mengikut umur, jantina dan kegiatannya.
calorie intakepengambilan kaloriKimiaBiokimiaKesetaraan kalori yang diperoleh daripada penghadaman makanan dan dihitung dengan berasaskan tenaga yang diperoleh melalui pengoksidaan sempurna makanan.
calorickaloriKimiaTiada1. Berkaitan dengan haba.,2. Berkaitan dengan kalori.
calorie (cal)kalori (kal)VeterinarTiadaKuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1° C pada tekanan 1 atmosfera. Satu kalori bersamaan dengan 4.184 joule.
estimated energy requirement (EER)anggaran keperluan tenaga (EER)Makanan dan PemakananPemakananAnggaran jumlah pengambilan kalori yang memenuhi keperluan tenaga bagi individu normal mengikut umur, jantina, berat, tinggi dan tahap aktiviti fizikal selaras dengan kesihatan yang baik. EER bertujuan untuk mengekalkan berat badan sihat dengan menentukan jumlah kalori yang perlu diambil oleh individu setiap hari dan jumlah kalori yang dibakar setiap hari.
sucralosesukralosaMakanan dan PemakananMakananPemanis tiruan tanpa kalori yang tidak boleh dihadamkan oleh manusia. Sukralosa 600 kali ganda lebih manis berbanding dengan sukrosa, dua kali ganda lebih manis berbanding dengan sakarin dan tiga kali ganda lebih manis berbanding dengan aspartam. Sukralosa sangat stabil pada suhu yang tinggi dan julat pH yang besar. Maka, sukralosa boleh digunakan dalam kek dan pastri atau produk yang memerlukan hayat simpanan yang lebih lama. Sukralosa lebih digemari oleh pengguna kerana rasa, kestabilan dan keselamatannya berbanding dengan pemanis rendah kalori yang lain.
nutrient densityketumpatan nutrienMakanan dan PemakananPemakananJumlah kandungan nutrien yang dibekalkan bagi setiap kalori makanan. Semakin tinggi kandungan nutrien (vitamin dan mineral) dan lebih rendah tenaga (kkal), maka semakin tinggi ketumpatan nutrien. Makanan tumpat nutrien adalah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi jumlah nutrien yang tinggi, tetapi rendah nilai kalori.
12345678910

Kembali ke atas