Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.lus] | کالوس

Definisi : (Bio) 1. tisu pelindung yg keras yg ter­bentuk pd bahagian tumbuhan berkayu yg luka; 2. bahagian kulit yg menjadi tebal atau keras, terutamanya pd tapak tangan atau tapak kaki, disebabkan oleh geseran atau tekanan berterusan, kulit kematu, belulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kalus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calluskalusBotaniTiadaTisu yang terdiri daripada sel-sel parenkima yang tumbuh dalam keadaan tidak tersusun. Kalus biasanya terbentuk daripada permukaan yang luka seperti pada pangkal keratan organ sebelum akar adventitius muncul. Kalus bermula daripada sel-sel kambium vaskular dan di sekitarnya, dan kadangkala daripada sel-sel korteks dan empulur. Pembentukan kalus juga berlaku dalam keadaan in vitro atas media pemakanan dan persekitaran yang sesuai. Lihat juga parenkima, kambium vaskular.
CallusKalusPertanianAgronomi

1. Kulit keras dan tebal yang terbentuk pada kulit pokok selepas kulit mengalami kecederaan. Kalus terbentuk sebagai satu proses pemulihan kecederaan. 
2. Tisu yang terbentuk daripada eksplan setelah dikultur dalam medium nutrien. Kalus ini merupakan eksplan yang membesar dengan penambahan bilangan dan saiz sel tanpa beza.

friable calluskalus rapuhBioteknologiTiadaKalus yang mudah disediakan dalam bentuk serbuk.
calluskalusPerubatanTiada1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baru yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya.
calluskalusPertanianTiadaTiada
calluskalusPerhutananTiadaTiada
calluskalusGeologiTiadaTiada
calluskalusPerubatanTiada6. Lesi hiperkaratin yang terjadi akibat pergeseran dan tekanan, biasanya pada tapak tangan atau tapak kaki.
calluskalus/belulangBiologiUmumTiada
calluskalusHerbaFitokimiaTisu yang terbentuk pada permukaan tumbuhan yang ditoreh atau tercedera. Dalam proses kultur tisu, bahagian tertentu tumbuhan diambil lalu ditoreh dan diletakkan dalam medium pengkulturan berzat untuk menghasilkan sel baru yang bertompok. Lihat juga kultur tisu.
123

Kembali ke atas