Pre-Trial Chamber | Kamar Prabicara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Praperbicaraan/Bilik Prabicara; Id. Dewan Sidang Awal) Salah satu kamar di dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Kamar ini menjalankan fungsi kehakiman untuk Bahagian Prabicara. Ia meneliti dan memantau tindakan pendakwa, terutama bagi melindungi hak orang yang disyaki atau tertuduh, dan menjamin penghormatan undang-undang oleh pendakwa. Apabila pendakwa menerima maklumat tentang jenayah, Kamar Prabicara boleh melantik seorang peguam atau hakim Kamar Prabicara untuk hadir semasa keterangan diambil bagi melindungi hak pembela. Jika pendakwa sendiri ingin memulakan penyiasatan, pendakwa mesti memohon kebenaran untuk menyiasat dari Kamar Prabicara. Semasa penyiasatan dijalankan, Kamar Prabicara mesti memastikan integriti prosiding, terutama menegakkan hak pembela. Kamar Prabicara mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap dan saman. Kamar Prabicara mesti memastikan seseorang tidak ditahan bagi tempoh masa tak munasabah sebelum perbicaraan akibat kelewatan pendakwa yang tidak boleh dimaafkan. |
Appeal Chamber | Kamar Rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bahagian di dalam mahkamah atau tribunal jenayah, dalam konteks undang-undang jenayah antarabangsa. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan. Contohnya, dalam sistem Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Kamar Rayuan mendengar rayuan bagi kes yang telah diputuskan oleh Kamar Perbicaraan mahkamah yang sama. Rayuan boleh dibuat oleh pihak pendakwa atau pihak yang disabitkan dan dijatuhi hukuman. Rayuan boleh dibuat sama ada terhadap keputusan membebaskan atau mensabitkan tertuduh atau terhadap hukuman. |
chamber orchestra | orkestra kamar | Muzik | Tiada | Orkestra saiz kecil yang melibatkan lebih kurang 25 orang pemuzik. Alat utama yang digunakan dalam orkestra kamar Zaman Barok ialah alat tali dan tiupan. Orkestra kamar pada abad ke-18 dan abad ke-19 juga merangkumi alat bras dan secara beransur-ansur menggunakan alat genderang. |
appellate review | kajian semula rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Proses badan rayuan menyemak keputusan badan bicara, seperti Kamar Rayuan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyemak keputusan Kamar Bicara atau Badan Rayuan WTO menyemak keputusan panel WTO. |
Pre-Trial Division | Bahagian Prabicara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu bahagian dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Bahagian Prabicara terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang hakim yang mempunyai pengalaman dalam perbicaraan jenayah. Fungsi kehakiman bahagian ini dijalankan oleh Kamar Prabicara. Lihat juga Kamar Prabicara. |
chamber music | muzik kamar | Muzik | Tiada | Muzik sekular yang wujud sejak Zaman Barok. Pada Zaman Klasik, karya muzik kamar telah berkembang dengan lebih mantap dan biasanya dipersembahkan sebagai ensembel. Contohnya, duo, trio dan kuartet. Muzik kamar digubah sebagai karya vokal atau karya instrumental. Sinonim musica da camera. |
chamber opera | opera kamar | Muzik | Tiada | Opera saiz kecil yang diiringi orkestra kecil dan biasanya dipersembahkan di kamar dan bukan di dewan. Contohnya, The Turn of The Screw (1954) oleh Benjamin Britten. |
trading room | kamar saham | Ekonomi | Tiada | Tiada |
echo chamber | kamar bunyi | Komunikasi | Tiada | Bilik khusus yang dibina untuk menghasilkan pantulan bunyi. |
light-lock chamber | kamar kunci cahaya | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |