Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.mé.ra] | کاميرا

Definisi : (kaméra) alat utk mengambil gambar foto; ~ digital kamera yg menghasilkan imej digi­tal yg boleh disimpan dlm komputer, dipapar­kan pd skrin dan dicetak; ~ kandid kamera kecil utk mengambil gambar seseorang, biasanya tanpa pengetahuannya; ~ polaroid kamera yg dapat menghasilkan gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil; ~ video kamera yg dapat merakamkan gambar serta bunyi; ~ web sj kamera yg disambungkan pd komputer, yg menghasilkan imej bergerak yg dapat dilihat pd skrin komputer menerusi Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.mé.ra] | کاميرا

Definisi : /kaméra/ alat utk mengambil gambar. ~ digital kamera yg menghasilkan imej digital yg boleh disimpan dlm komputer, dipaparkan pd skrin dan dicetak. ~ polaroid kamera yg dpt menghasilkan gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil. ~ video kamera yg dpt merakamkan gambar serta bunyi pd pita video dan memancarkannya pd skrin monitor (televisyen dsb). ~ web sj kamera yg disambungkan pd komputer, yg menghasilkan imej bergerak yg dpt dilihat pd skrin komputer menerusi Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kamera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cap up (camera)tutup kamera (kamera)KomunikasiTiadaTiada
sound camerakamera bunyiKomunikasiTiadaKamera yang mempunyai alat untuk menghalang bunyi bising yang disebabkan oleh pergerakan filem di dalam kamera. Kamera ini sesuai untuk merakam bunyi dan gambar secara serentak.
camera chainrantai kameraKomunikasiTiadaKeseluruhan peralatan yang berkaitan dengan kamera seperti kamera, unit kawalan kamera, meja kawalan kamera dan unit penyediaan tenaga elektrik.
cine-kamerakamera wayangKomunikasiTiadaKamera yang menggunakan format filem 35mm yang mempunyai peralatan rakaman untuk filem wayang gambar.
dolly kamerakamera doliKomunikasiTiadaLihat: kamera jejak.
camerakameraKomunikasiTiadaAlat yang digunakan untuk mengambil atau merakam gambar. Dua jenis kamera yang utama ialah kamera pegun dan kamera imej bergerak yang digunakan dalam rakaman filem dan video.
depress (camera)rendahkan (kamera)KomunikasiTiadaArahan kepada jurukamera supaya merendahkan kedudukan kamera dengan menekan kamera ke bawah.
boom camerakamera joranKomunikasiTiadaKamera televisyen atau filem yang diletakkan di bahagian hujung joran atau kren supaya pergerakan kamera yang lebih kreatif dan efektif. Biasanya, kamera joran dikendalikan oleh seorang petugas khusus iaitu jurujoran.
roll kameramula kameraKomunikasiTiadaArahan yang diberikan oleh pengarah kepada jurukamera untuk memulakan penggambaran.
passing shottangkap imbasKomunikasiTiadaTangkapan yang dilakukan untuk merakam objek secara sepintas lalu. Tangkapan ini boleh diperoleh dengan dua cara iaitu merakamkan objek yang melintasi kamera semasa kamera tidak bergerak dan merakamkan objek yang tidak bergerak semasa kamera bergerak.
12345678910...

Kembali ke atas