kamus | kamus | Keris | Tiada | Ikat pinggang yang dipakai secara khusus apabila seseorang ingin melengkapi pakaiannya dengan keris. |
dictionary | kamus | Linguistik | Tiada | Senarai butir leksikal, seperti kata, frasa, atau istilah, biasanya disusun mengikut abjad, dalam bentuk buku. Ia menghuraikan maklumat, seperti sebutan, ejaan, etimologi, makna, padanan dalam satu bahasa atau lebih, golongan kata, atau maklumat tatabahasa lain. kamus terbahagi kepada beberapa jenis, seperti kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus khusus. |
data dictionary | kamus data | Teknologi Maklumat | Perisian | Repositori terpusat bagi maklumat mengenai data seperti pengertian, hubungan dengan data lain, asal data, penggunaan dan format. Istilah ini mempunyai beberapa maksud yang sangat berkait rapat mengenai pangkalan data dan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Peranan utama kamus data pada peringkat bawah adalah untuk menyokong fungsi asas DBMS. Dalam pembangunan aplikasi pangkalan data, perisian kamus data yang dikenali sebagai perisian tengah diperlukan untuk berhubung dengan kamus data DBMS. Kamus data pada peringkat tinggi menawarkan fitur tambahan dan darjah kefleksibelan yang tinggi. Oleh itu, kamus data pada peringkat tinggi boleh menyediakan model entiti-hubungan (E-R model) yang direka dan sesuai dengan pelbagai aplikasi tetapi berkongsi pangkalan data yang sama. |
genetic code dictionary | kamus kod genetik | Bioteknologi | Tiada | Kamus yang didasarkan kepada kod-kod genetik. |
dictionary approach | pendekatan kamus | Pendidikan | Tiada | Pendekatan dengan menggunakan kamus sebagai panduan dalam kajian, contohnya kajian pengumpulan perbendaharaan kata. |
dictionary attack | serangan kamus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang cuba menggunakan semua frasa atau perkataan dalam kamus untuk merekah kata laluan atau kekunci. Serangan ini menggunakan senarai perkataan yang telah tertakrif terlebih dahulu berbanding serangan hentam kromo yang penyerangnya mencuba kesemua kombinasi yang ada. |
antinode | antinod | Fizik | Mekanik | Kedudukan amplitud maksimum yang berlaku pada getaran gelombang seperti dalam gambarajah. Rajah: rujuk buku asal Kamus Fizik Mekanik halaman 6 Kedudukan antinod dalam getaran diperoleh apabila Rujuk buku asal Kamus Fizik Mekanik halaman 6 (c = getaran gelombang ke arah paksi-x; l = jarak gelombang). |
LZ (Lempel-Ziv) | LZ (Lempel-Ziv) | Teknologi Maklumat | Tiada | Algoritma pemadatan yang dicadangkan oleh Jacob Ziv dan Abraham Lempel yang menggunakan rentetan aksara sebagai kamus. Juga dikenali sebagai algoritma pemadatan berasas kamus. |
code dictionary | kamus kod | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
interlingual dictionary | kamus antara bahasa | Perpustakaan | Tiada | Tiada |