animal tale | cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang pendek, sederhana dan binatang berperanan sebagai tokoh utamanya. Contoh: tokoh kancil dan cerita-cerita Sang Kancil. |
cycle story | cerita kitaran | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana. |
sharp practice | amalan kancil | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
mousedeer (Tragulus ravus) | kancil;; pelanduk (Tragulus ravus) | Pertanian | Tiada | Tiada |
animal fantasy | fantasi binatang | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang �boleh berfikir� dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang. |
honorific | hormatan | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan, gelaran, sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh. Contoh: dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-gelaran orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja. |
trickster | penipu | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam sesebuah karya yang berfokus kepada penipuan atau watak yang banyak tipu muslihat. Watak penipu biasanya terdapat dalam sastera rakyat. Cerita Sang Kancil ialah contoh cerita penipu yang terkenal dalam budaya Melayu. Dlam cerita ini, watak kecil dan lemah biasanya dapat menipu watak kuat dan besar dengan menggunakan kepintaran akal. |
cumulative story | cerita kumulatif | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang bertimbun banyak dan disebut juga dongeng berantai. Ia dibentuk dengan cara menambah keterangan secara terperinci pada setiap inti cerita. Contoh: Sang Kancil dengan Memerang. |
trickster tale | cerita muslihat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengesahkan kepandaian seseorang dalam menyelesaikan beberapa masalah secara tipu helah dan akal yang cerdik. Contoh: cerita Siti Muslihat dan cerita-cerita Sang Kancil. |
epimythium | moral akhiran | Kesusasteraan | Tiada | Senarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral. |