animal corral | kandang haiwan | Geografi | Tiada | Tempat di mana binatang seperti kuda, lembu dikepung dalam sebuah kandang. |
barnyard manure | baja kandang | Pertanian | Agronomi | Bahan organik yang terdiri daripada najis ternakan kambing atau lembu bercampur dengan sisa rumput yang dikutip dari kandang ternakan berkenaan. Bahan ini menjadi baja organik yang boleh digunakan untuk membekalkan nutrien dan memperbaiki sifat tanah untuk pelbagai jenis tanaman. |
stall feeding | makanan berkandang | Veterinar | Tiada | Sistem pemeliharaan ternakan di dalam kandang secara sepenuh masa. Makanan dan minuman diberi di dalam kandang supaya mudah dikawal di samping dapat mengelakkan jangkitan penyakit dan mengelakkan pembaziran. Sistem ini sesuai untuk ternakan yang dipelihara secara fidlot dan juga untuk lembu atau kambing tenusu. |
zero grazing | tanpa ragut | Veterinar | Tiada | Sistem pemeliharaan ternakan ruminan secara sepenuh kandang dan tidak dilepaskan secara bebas untuk meragut. Dalam sistem ini, makanan seperti dedak dan rumput diberi kepada ternakan di dalam kandang. Sistem pemeliharaan ini mempunyai kelebihan dari segi pengurangan kos buruh dan mengawal jangkitan parasit. Walau bagaimanapun, kos modal untuk memulakan sistem pemeliharaan ini agak tinggi berbanding sistem lain seperti bagi pembinaan reban. Sistem fidlot dan pemeliharaan secara intensif termasuk dalam kategori ini. |
ammonia | ammonia | Veterinar | Tiada | Gas berbau hancing yang dihasilkan oleh fermentasi najis dan air kencing ternakan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran di dalam kandang. Untuk mengelakkan masalah ini, ammonia perlu berada ditahap yang minimum. Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini, antaranya ialah memastikan supaya najis tetap kering, membersihkan kandang dan memastikan pengaliran udara yang mencukupi di dalam kandang. Di dalam najis dan air kencing, ammonia berada dalam bentuk urea dan dengan tindakan enzim urease ammonia dibebaskan. Formula: (NH3). |
sty | kandang babi | Veterinar | Tiada | Tiada |
creep area | kawasan rayapan | Veterinar | Tiada | Kawasan yang menempatkan anak haiwan yang masih menyusu dan dibiarkan bergerak bersendirian untuk belajar mendapatkan makanan pepejal. Contohnya, anak babi yang berumur seminggu dilepaskan di sebelah kandang ibunya. Kawasan ini terletak di sebelah kandang ibu bagi memudahkan anak mendapatkan susu ibu tetapi ibu tersebut tidak boleh memasuki kawasan rayapan ini. |
commercial feedlots | kandang makanan dagangan | Geografi | Tiada | Tiada |
claiming pen | kandang penyekat | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
net impoundment | kandang jaring | Perikanan | Tiada | Tiada |