rantai bunga cempaka Kuala Kangsar | rantai bunga cempaka Kuala Kangsar | Kesenian | Tiada | Motif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga cempaka di Kuala Kangsar. |
setangkai bunga raya Kuala Kangsar | setangkai bunga raya Kuala Kangsar | Kesenian | Tiada | Motif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga raya berangkai di Kuala Kangsar, Perak. |
kasah | kasah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Pterygota horsfieldii daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung menerang dan kangsar. Gubal kayu kasah sukar dibezakan daripada teras kayunya dan biasanya berwarna kuning jeramu atau coklat muda. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana mengandungi banyak tisu parenkima. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu kasah mudah diproses dan dikemas siap, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat dan serangg. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, kotak pembungkus, alas angkut, papan lapis,dan venir. |
salvage archaeology | arkeologi penyelamatan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Subbidang arkeologi yang dijalankan di sesuatu tapak yang ditemui secara tidak sengaja akibat gangguan manusia, projek pembangunan dan gejala alam sekitar seperti banjir dan tanah runtuh untuk mendapatkan data arkeologi yang boleh diselamatkan di tapak tersebut. Penyelidikan ini juga memungkinkan kajian terancang dilaksanakan di kawasan tersebut. Contoh kajian arkeologi penyelamatan yang terpenting di Malaysia ialah penemuan tapak Paleolitik Bukit Jawa di Lenggong (Perak) berusia sekitar 200 000 tahun yang dijumpai semasa pembinaan jalan baru menghubungkan Kuala Kangsar � Grik. Sinonim arkeologi salvaj. |