cancer pain management | pengurusan nyeri kanser | Perubatan | Tiada | Pengurusan pesakit yang mengalami nyeri akibat kanser seperti kanser payudara, hati dan tulang. Pengamal perubatan akan memberikan ubat penahan sakit sama ada secara oral, suntikan intramuskular, suntikan intravena, infusi atau melakukan sekatan saraf pusat dan periferi berserta pemberian psikoterapi untuk mengurangkan nyeri tersebut. |
colon cancer | kanser kolon | Sosiologi | Tiada | Kanser atau barah yang terjadi pada kolon atau usus besar. |
antiandrogen | antiandrogen | Farmasi | Farmakologi | Agen yang menghalang tindakan androgen pada reseptor androgen.Agen inibiasanya digunakan dalam rawatan kanser prostat. Agen ini merencat reseptor pada sel kanser prostat yang sensitif terhadap hormon androgen dan menghalang pertumbuhan dan pembiakan sel tersebut. Antiandrogen juga boleh mengurangkan penghasilan androgen dalam badan. Kegunaan lain antiandrogen termasuklah merawat hirsutisme, alene dan jenis kanser yang bergantung pada androgen seperti kanser payu dara. Contoh agen ini ialah bikalutamida, nilutamida dan fiutamida. |
chemotherapy | kemoterapi | Perubatan | Farmakologi | Rawatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk memusnahkan sel-sel mikroorganisma atau sel-sel kanser. Walau bagaimanapun, istilah kemoterapi lebih bersinonim dengan rawatan kanser. Dalam rawatan jangkitan kuman antibiotik digunakan sebagai agen kemoterapi manakala dalam rawatan kanser pula antineoplastik digunakan. |
cancer | kanser | Kimia | Biokimia | 1. Penyakit yang disebabkan oleh organisma multisel yang tumbuh tanpa kawalan dan merebak ke organisma lain. Sel-sel kanser yang kelihatan berbeza daripada sel organisma asalnya, membiak dengan cepat dan lebih aktif sifatnya daripada sel yang ditumbuhinya. 2. Tumor malignan. |
cancer | kanser | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Penyakit yang dikaitkan dengan pertumbuhan tisu yang tidak terkawal. Faktor diet boleh menyumbang kepada pelbagai jenis kanser terutamanya diet tinggi lemak. |
chemotherapy | kemoterapi | Perubatan | Tiada | Rawatan kanser atau penyakit berjangkit dengan menggunakan ubat yang bertindak membunuh sel kanser atau sel mikroorganisma yang berkenaan. |
anticancer centre | pusat antikanser | Perubatan | Tiada | Pusat penyelidikan penyakit kanser serta kegiatan dan kempen mencegah kanser. |
antineoplastic | antineoplastik | Perubatan | Tiada | Ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit kanser yang bertindak dengan membunuh sel-sel kanser. Antara kumpulan antineoplastik adalah antimetabolit, alkaloid vinka, agen pengalkilan dan analog platinum. Ubat ini sangat toksik dan boleh menyebabkan banyak kesan sampingan. Oleh itu, penggunaannya memerlukan kepakaran yang tinggi dan institusi rawatan yang lengkap. Contoh ubat ialah Fluorouracil, Vincristine, Busulfan dan Cisplatin. |
carcinogen | karsinogen | Herba | Fitokimia | Sebarang bahan, radionuklid atau sinaran yang bertindak sebagai agen penyebab berlakunya kanser atau membantu memudahkan pembiakan kanser. Karsinogen bertindak merosakkan genom atau mengganggu-gugat proses metabolisme sel. Contoh karsinogen ialah asbestos, dioksin, asap tembakau, pancaran sinar gama dan zarah alfa. |