bakul kantung | bakul kantung | Kesenian | Tiada | Bakul yang diikat pada pinggang pengguna. |
dacryocyst | dakriosista | Perubatan | Tiada | Kantung lakrima atau kantung air mata. |
ovisac | kantung ovum | Biologi | Ekologi | Kantung yang berisi telur, yang berkembang menjadi matang. Kantung ini biasanya terdapat pada krustasea kecil, seperti Daphnia. |
pericardial sac | kantung perikardium | Veterinar | Praklinikal | Kantung fibroserus yang melitupi jantung; pangkal aorta dan vena cava. Bahagian luar kantung bergentian nipis terdiri daripada helaian kolagen tak kenyal. Bahagian dalam pula; merupakan lapisan serus tempat berlakunya penginvaginatan jantung. |
frontal sac | kantung frontal | Biologi | Entomologi | Kantung atau vesikel di bahagian kepala lalat yang digunakan oleh serangga untuk menolak dan membuka puparium semasa pemunculannya. Kantung ini kemudiannya ditarik balik ke kepala sehingga meninggalkan kesan berupa garis berbentuk-U (sutur ptilinum) di sekeliling struktur berbentuk bulan sabit (lunula). ptilinum. |
sacculation | pensakulan | Veterinar | Praklinikal | Pembentukan kantung atau pundi. Contohnya; pembentukan kantung alveolus paru-paru dan kantung vestibul vagina. |
craniopharyngioma | kraniofaringioma | Perubatan | Tiada | Tumor pituitari, mungkin benigna atau malignan yang berasal dari saki-baki kantung Rathke. Sinonim: tumor kantung Rathke, sista suprasela. |
amniotic sac | kantung amnion | Kejururawatan | Tiada | Kantung yang mengandungi cecair amnion yang terbentuk daripada dua lapisan membran, iaitu amnion di dalam dan korion di luar. Sinonim bag of water. |
maximum water | air maksimum | Kejuruteraan | Petroleum | Jumlah air boleh dicampurkan ke dalam simen tanpa menyebabkan berlakunya pemisahan air lebih daripada 2.5 ml jika sebanyak 250 ml buburan simen terbentuk (akibat pencampuran tersebut) dibiarkan diam di dalam sesuatu bejana selama 2 jam pada suhu bilik. Jika jumlah air yang digunakan melebihi jumlah ini, akan wujud kantung-kantung air dalam buburan simen sehingga kekuatan simen berkenaan akan berkurangan. |
poison sac | kantung racun | Biologi | Histologi dan Sitologi | Kantung yang mengandungi kelenjar racun, seperti pada Hymenoptera. |