foundering | karam; tenggelam | Sukan | Tiada | Tiada |
founding | karam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
foundering | karam; tenggelam | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
underwater archaeology | arkeologi bawah air | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Subbidang arkeologi yang tertumpu pada warisan kebudayaan yang terdampar di bawah permukaan air termasuk kapal karam dan kota yang tenggelam. Subbidang ini meliputi arkeologi maritim dan arkeologi nautika. Contoh penyelidikan arkeologi bawah air yang telah dijalankan di Malaysia ialah penyelidikan Kapal Risdam dan Desaru yang karam di perairan Johor, serta Kapal Diana di Selat Melaka. |
nautical melodrama | melodrama nautikal | Kesenian | Drama dan Teater | Corak melodrama yang memaparkan kisah yang berkaitan dengan kapal karam, penyeludupan atau lanun. Melodrama ini biasanya mengemukakan tema keperwiraan yang patriotik sifatnya. |
artificial reef | tukun tiruan | Perikanan | Tiada | Bahan buatan manusia yang terdiri daripada tayar, konkrit, besi atau kapal karam yang ditinggalkan di dasar laut untuk menarik atau mempengaruhi proses fizikal dan biologi organisma hidupan marin. Selepas dua atau tiga bulan diletakkan di dasar laut, organisma seperti teritip dan lumut akan tumbuh dan melekat pada bahan tersebut. Keadaan ini akan menarik perhatian ikan untuk berkumpul di kawasan tersebut kerana terdapatnya sumber makanan, tempat pembiakan dan perlindungan. |
peril of the sea | peril laut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peril yang dilindungi dalam kontrak marin lautan seperti pelanggaran, karam, terbengkalai dan kebakaran. |
marine insurance stamp | setem insurans laut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dikeluarkan di Holland pada tahun 1921 sebagai fi bagi membolehkan barangan disimpan dalam peti keselamatan kapal laut untuk mengelakkan kebakaran, karam dan sebagainya. |
tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam |