Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ra.pas] | کاراڤس

Definisi : (Bio) kulit keras atau bahagian bertulang yg menutupi badan haiwan (spt bahagian belakang penyu atau kura-kura). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ra.pas] | کاراڤس

Definisi : ist kulit keras atau bahagian bertulang yg menutupi dan melindungi bahagian belakang haiwan, mis bahagian belakang penyu atau kura-kura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karapas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carapacekarapas;; kulit katung (belakang)GeografiTiadaTiada
carapacekarapas;; kulit katung (belakang)PerikananTiadaTiada
carapacekarapas;; kulit katung (belakang),PertanianTiadaTiada
grooved carapacekarapas beralurPerikananTiadaTiada
crab (Callinectes sapidus)ketam (Callinectes sapidus)Pentadbiran PerniagaanTiadayang dicirikan oleh karapas lebar dan leper yang membesar secara lateral, berkaki enam dan bersepit.
crustaceankrustaseaPentadbiran PerniagaanTiadaSebahagian besar artropod akuatik bernafas dengan insang dalam subfilum Mandibulata, biasanya mempunyai dua pasang sesungut dan karapas, termasuk udang, udang karang, ketam dan kutu air.
ephippiumefipiumPerikananAkuakulturSarung telur dalam keadaan rehat daripada pelbagai spesies krustasea kecil dalam kumpulan Kladosera. Efipium ini dilindungi oleh lapisan karapas kulit luar tambahan. Efipium terbentuk daripada kulit belakang ibunya bagi meningkatkan daya tahan telur rehat terhadap keadaan persekitaran yang buruk. Perkembangan embrio semasa efipium adalah terhenti. Efipium boleh berlanjutan selama bertahun-tahun sebelum embrio menyambung semula perkembangannya dengan rangsangan penetasan yang sesuai.
white spot diseasepenyakit bintik putihPerikananAkuakulturPenyakit pada udang yang disebabkan oleh virus daripada famili Nimaviridae. Penyakit ini ditandai dengan kehadiran bintik putih pada lapisan epitelium kulit di bawah karapas.
rostrumrostrumBiologiHistologi dan Sitologi1 paruh burung, atau cuaran yang menyerupai paruh. 2 Pangkal anterior gregarin yang membentuk epimerit. 3 Cuaran yang menonjol di antara mata udang ketak. 4 Plat ventral median di pangkal perisai (karapas) di bahagian belakang Cirripedia. 5 Labrum pada labah-labah. 6 Susuh atau mukro di pangkal posterior kulit keras (sepion) sotong. 7 Kawasan pranasal. 8 Lunjuran di bahagian anterior basisfenoid. 9 Cuaran yang mengarah ke belakang pada pangkal anterior korpas kalosum.
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.

Kembali ke atas