Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bo.hi.drat] | کربوهيدرت

Definisi : 1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh meng­gemukkan badan jika diambil berlebihan); berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bo.hi.drat] | کربوهيدرت

Definisi : ist 1 sebatian organik yg termasuk juga gula dan kanji. 2 zat makanan yg memberi tenaga (menggemukkan badan jika berlebihan). 3 sebarang makanan yg di dlmnya banyak terdapat gula atau kanji yg menggemukkan badan. berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbohidrat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glycoproteinglikoproteinVeterinarPraklinikalMakromolekul yang terdiri daripada protein dan karbohidrat. Karbohidrat dalam glikoprotein biasanya terikat sama ada pada asid amino asparagina; hidroksilisina; serina atau treonina. Komponen karbohidratnya termasuklah glukosa; glukosamina; galaktosa; galaktosamina; manosa; fukosa dan asid sialik. Pada mamalia; glikoprotein penting dalam pengecaman sel imun. Glikoprotein yang terlibat dalam sistem imun termasuk antibodi dan kompleks kehistoserasian major (MHC). Antara hormon glikoprotein termasuklah hormon perangsang tiroid; hormon perangsang folikel dan gonadotropin korion. Glikoprotein juga terdapat dalam putih telur.
carbon sinkkawasan tadahan karbonPertanianAgroteknologiKawasan semula jadi seperti hutan hujan, tanah dan lautan yang berupaya menyimpan karbon dioksida. Hutan hujan yang terdiri daripada pokok-pokok rimbun menyerap karbon dioksida daripada udara melalui proses fotosintesis dan membentuk karbohidrat. Karbohidrat menjadi stuktur yang menyebabkan pokok membesar dan jumlah karbon akan meningkat dalam pokok. Walaupun pokok menjana karbon dioksida dalam proses respirasi, kadar penyerapan karbon dioksida melebihi kadar penjanaannya, oleh itu hutan hujan dianggap tadahan karbon. Tanah pula merupakan kawasan penguraian bahan tumbuhan yang reput. Bahan reput seterusnya menjadi bahan organik yang tinggi kandungan karbonnya dan disimpan dalam tanah. Lautan merupakan kawasan tadahan karbon terbesar dan berupaya menyerap lebih daripada 25% karbon dioksida yang dijana sedunia.
carbohydratekarbohidratMakanan dan PemakananPemakananSumber tenaga dalam diet yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Karbohidrat terbahagi kepada bentuk ringkas dan kompleks. Karbohidrat ringkas terdiri daripada monosakarida seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa, serta disakarida seperti sukrosa, maltosa dan laktosa. Manakala karbohidrat kompleks terdiri daripada polisakarida seperti kanji dan serabut.
carbohydratekarbohidratMakanan dan PemakananTeknologi MakananSumber tenaga dalam diet yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Karbohidrat boleh didapati dalam bentuk ringkas dan kompleks dan dikelaskan kepada monosakarida, disakarida dan polisakarida. Dalam tisu haiwan, karbohidrat hanya didapati sebagai gula dan glikogen, manakala dalam tisu tumbuhan karbohidrat juga didapati sebagai kanji, selulosa, gam, dan bahan-bahan lain. Contoh makanan yang banyak mengandungi karbohidrat ialah bijirin, ubi kentang, dan nasi.
glyconeogenesisglikoneogenesisPerubatanTiadaPembentukan karbohidrat daripada molekul bukan karbohidrat, misalnya asid amino, asid lemak dan lain-lain.
simple sugargula ringkasMakanan dan PemakananMakananMolekul karbohidrat asas bagi karbohidrat yang lebih besar seperti sukrosa, selulosa dan kanji. Gula ringkas juga dikenali sebagai monosakarida, iaitu glukosa, galaktosa dan fruktosa. Gula ringkas cepat diserap oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.
carbohydratekarbohidratHerbaFitokimiaIstilah umum bagi sebatian polihidroksi yang biasanya mengandungi kefungsian karbonil. Karbohidrat dikelaskan mengikut bilangan unit dalam molekul, iaitu monosakarida (satu unit gula ringkas), disakarida (dua unit gula ringkas), oligosakarida (tiga hingga sepuluh unit gula ringkas), dan polisakarida (lebih daripada sepuluh unit gula ringkas). Karbohidrat membentuk sebahagian besar bahan biomas tumbuhan. Contohnya, selulosa dan kanji. Karbohidrat telah dikenal pasti mempunyai kepentingan farmakologi termasuklah sebagai agen antitumor, antivirus dan antipembekuan darah.
carbohydratekarbohidratKimiaTiadaKumpulan sebatian organik semula jadi yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen. Karbohidrat penting dalam metabolisme organisma hidup dan wujud semula jadi sebagai tisu penyokong yang membentuk struktur tumbuhan. Karbohidrat terbahagi kepada monosakarida seperti glukosa, disakarida seperti laktosa dan polisakarida seperti kanji.
hexoseheksosaVeterinarTiadaNama am bagi karbohidrat yang mengandungi enam atom karbon dalam setiap molekulnya. Karbohidrat ini termasuk dalam golongan monosakarida. Contohnya, glukosa, fruktosa dan galaktosa yang merupakan hasil akhir pencernaan karbohidrat dalam usus. Bahan ini merupakan punca tenaga terutamanya bagi ternakan bukan ruminan.
carbohydratekarbohidratVeterinarTiadaSebatian organik yang mengandungi karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O) dengan nisbah H:O mesti berada pada aras 2:1. Bahan ini merupakan sumber utama tenaga. Terdapat berbagai-bagai jenis karbohidrat yang ringkas iaitu monosakarida seperti glukosa dan disakarida seperti sukrosa. Karbohidrat kompleks terdiri daripada polisakarida seperti kanji dan selulosa. Karbohidrat kompleks ini perlu dipecahkan kepada gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa oleh tindakan enzim dalam proses pencernaan sebelum boleh diserap dan digunakan dalam usus.
12345678910...

Kembali ke atas