Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ris.ma] | کاريسما

Definisi : kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai: heroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yg dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan; berkarisma mempunyai karisma: John diagung-agungkan oleh rakyatnya dan mereka mengira Amerika mempunyai presiden yg paling ~ dlm sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karisma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
charismakarismaSosiologiTiadaTiada
charismakarismaSains PolitikTiadaTiada
charismakarismaSejarahTiadaKeistimewaan wibawa yang dimiliki oleh seseorang untuk memimpin.
political charismakarisma politikSains PolitikTiadaTiada
political charismakarisma politikSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
charismatic leadershipkepimpinan karismaPentadbiranTiadaBentuk kepimpinan yang berasaskan ciri keupayaan peribadi pemimpin yang boleh membangkitkan semangat pekerja yang memberi kesan terhadap organisasi.
charismatic leaderpemimpin karismaPentadbiranTiadaPemimpin yang mempunyai ciri-ciri seperti visi, daya usaha, iltizam, peribadi unggul, dan ejen perubahan untuk mempengaruhi.
national legal charismatic organizationorganisasi karisma undang-undang kebangsaanEkonomiTiadaTiada
legitimacykeabsahanSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang menjelaskan kesahan penerimaan kuasa secara sah oleh rakyat. Sumber sah sesuatu kuasa terbahagi kepada tiga, iaitu tradisional, karisma dan rasional perundangan. Contohnya, sistem beraja Negara Brunei Darussalam disahkan kerana tradisi yang masih kekal. Menurut S.M. Lipset pula, keabsahan melibatkan keupayaan sesebuah sistem politik membangkitkan dan mengekalkan kepercayaan ramai bahawa institusi politik yang ada merupakan institusi paling sesuai bagi masyarakat tersebut. Masalah timbul apabila terdapat pihak yang tidak yakin dengan institusi politik dan struktur kuasa yang ada. Contohnya, keadaan yang dialami oleh penduduk Quebec di Kanada dan pergolakan yang berlaku di Ireland Utara.
  political leadershipkepimpinan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Gaya kepimpinan seseorang ketua dalam bidang politik. Ia boleh berupa Ketua Kerajaan, Presiden Parti, NGO ataupun pihak pembangkang dan kedudukannya adalah sangat penting kerana boleh mempengaruhi orang ramai. Faktor-faktor latar belakang, ideologi, pemikiran, pengalaman, pendidikan dan karisma sangat penting dalam membentuk gaya kepimpinan politik. Sifat kepimpinan politik boleh menjadi autoritarian, demokratik, murah hati, zalim, mahupun bertolak ansur. Ia akan mempengaruhi hubungan kerajaannya dengan negara lain, kesepaduan dalam kerajaan, parti politik dan sebagainya.


Kembali ke atas