censorship | penapisan | Kesusasteraan | Tiada | Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak tertentu ke atas karya-karya seperti filem, buku dan sebagainya bagi memastikan karya-karya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur lucah, keganasan, fahaman yang bertentangan dengan amalan negara, isu sensitif dan sebagainya. |
narratee | narati | Kesusasteraan | Tiada | Seseorang yang menjadi tumpuan pencerita dalam sesebuah karya. Karya mungkin mengandungi seorang narati atau beberapa orang narati yang dinyatakan dengan jelas dalam karya. Bagi sesetengah karya, narati berperanan selaku watak atau watak-watak dalam karya. Contohnya, dalam karya Joseph Conrad bertajuk Heart of Darkness, watak yang mendengar pengisahan oleh Marlow ialah narati kepada kisah yang diceritakannya. Narati merupakan seseorang atau watak yang hanya wujud dalam karya dan berbeza dengan khalayak pembaca atau khalayak yang sebenar. |
monologic | monologik | Kesusasteraan | Tiada | Perihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya. |
fictitious character | watak rekaan | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam karya cereka atau karya-karya sastera lainnya. |
contemporary art | citra kontemporari | Kesenian | Tiada | 1. Karya-karya yang dihasilkan dalam zaman yang sama.,2. Karya seni masa kini. |
acquisition of art works | perolehan karya | Kesenian | Tiada | Proses mengumpul karya-karya seni. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | 1. Berkaitan dengan karya-karya kesusasteraan yang menurut persetujuan bersama merupakan hasil yang dianggap paling baik, bermutu dan diakui keunggulannya dalam sejarah kesusasteraan. |
collected edition | edisi kumpulan | Perpustakaan | Tiada | Edisi karya-karya pengarang yang diterbitkan dalam satu jilid atau beberapa jilid yang terhasil dalam bentuk jilidan yang serupa. |
bibliographical description | huraian bibliografi | Perpustakaan | Tiada | Pemerian tentang karya-karya yang diterbitkan dengan memberi maklumat berhubung dengan pengarang, editor, penterjemah, pelukis, ilustrasi, penyusun, edisi judul, tarikh, dan butiran penerbitan seperti tempat diterbitkan, nama penerbit, pencetak, format dan sebagainya. |
art exhibition | pameran seni | Kesenian | Tiada | Perihal mempamerkan karya-karya seni kepada orang ramai. |