Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
karya (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerja: tugas

2. Bersinonim dengan ciptaan: gubahan, karangan, rekaan, reka cipta, buatan, kreativiti, nukilan cerpen, puisi, sajak, syair, gurindam, drama, novel, pantun, seloka, satir, hikayat, rubai, lukisan,

Kata Terbitan : berkarya, pengkarya,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tastecita rasaKesusasteraanTiadaPertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat.
bitonalitydwitonalMuzikTiada

 Dua tonaliti yang berlainan berlaku secara serentak. Contoh­nya, tonaliti C major dengan F-sharp major wujud serentak dalam sesuatu karya. Dwitonal diperkenalkan pada awal abad ke-20. Contohnya, Petroushka (1910-1911) oleh Stravinsky. Lihat juga  politonal.

quadruplumquadruplumMuzikTiada

 Lapis suara keempat dalam karya polifoni Zaman Pertengahan. Quadruplum ialah lapis tertinggi di atas tenor yang biasa­nya berasaskan cantus firmus sesebuah karya. Contohnya, organum dan motetus. Lihat juga duplum, triplum.

TondichtungTondichtungMuzikTiada

Sejenis muzik program bagi orkestra. Istilah ini diperkenalkan oleh Liszt pada tahun 1854 untuk karya beliau yang bertajuk Tasso (1849). Karya jenis ini mempunyai tajuk deskriptif tentang subjek seperti mitos, kesusasteraan dan fantasi. Contoh­nya, Also Sprach Zarathustra, Op. 30 (1896) oleh Richard Strauss dan La Mer (1903-1905) oleh Debussy. Lihat juga muzik perwatakan.

finalefinaleMuzikTiada

 1.  Gerakan muzik yang terakhir dalam karya beberapa ge­rakan muzik seperti sonata, simfoni atau opera Zaman Klasik.

2.  Lagu terakhir dalam setiap babak karya opera yang biasa­nya terdiri daripada ensembel, watak utama dan korus.

Liederkreis/Liederzyklussiklus liedMuzikTiada

Satu set lieder yang dihasilkan dan disusun berdasarkan satu tema am seperti cinta dan alam semula jadi. Puisi siklus lied adakalanya merupakan hasil karya seorang penyajak. Contoh­nya, Dichterliebe, Op. 48 (1840) oleh Robert Schumann dan Winterreise, D. 911 (1827) oleh Schubert.


Kembali ke atas