tally sheets | helaian semakan | Pendidikan | Tiada | Bahan yang digunakan untuk merekodkan kekerapan perlakuan, aktiviti atau kata-kata orang yang dikaji. |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
pick-up line/ chat-up line | kata pikat | Sosiologi | Tiada | Komunikasi dengan niat untuk melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata atau ayat lucu dan romantik untuk menarik perhatian dan membuat janji temu. |
usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab denga |
tragic irony | ironi tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk ironi dramatik yang memaparkan satu watak dalam tragedi menggunakan kata-kata yang memberikan makna tersendiri, tetapi berlainan maknanya pada orang lain, yang lebih mengetahui situasi yang bakal dihadapi watak berkenaan. Terutama apabila menjadi mangsa kepada nasib dan takdir. |
deictic word | kata deiksis | Linguistik | Tiada | Kata yang berfungsi menetukan orang, benda, atau idea. Contohnya, saya, ini, dan itu. |
deixis | deiksis | Linguistik | Tiada | Kata yang berfungsi menetukan orang, benda, atau idea. Contohnya, saya, ini, dan itu. |
recital | resital; kata mula | Kesenian | Tiada | Resital: Persembahan oleh seorang atau selebihnya dua orang pemain atau penyanyi. |
demonstrative | penunjuk | Linguistik | Tiada | Kata yang digunakan untuk menunjuk pada orang atau benda. Contohnya, itu, ini, dan beberapa. |
echolalia | ekolalia | Perubatan | Tiada | Pengulangan kata atau ayat yang dilafazkan oleh orang lain beberapa kali secara tak voluntari. Sin: ekofrasia |