white technology | teknologi putih | Pertanian | Agroteknologi | Salah satu cabang bioteknologi yang diguna pakai dalam proses industri. Contohnya, penggunaan mikroorganisma untuk menghasilkan bahan kimia seperti enzim dan katalis, atau untuk melupuskan bahan kimia berbahaya. Teknologi ini boleh mengurangkan penggunaan sumber, selain dapat menggalakkan pengurusan industri dengan lebih cekap. Teknologi ini banyak digunakan dalam industri farmaseutikal dan perubatan. |