cation exchange capacity | keupayaan pertukaran kation | Kejuruteraan | Petroleum | Kebolehan sesuatu bahan pepejal yang dalam keadaan bersentuhan dengan larutan untuk saling bertukar kation. Kation tertentu yang tidak terikat dengan kuat dalam pepejal tersebut berpindah ke dalam molekul bahan larutan dan sambil itu kation bebas dari larutan berpindah masuk ke dalam pepejal tersebut. sifat ini biasanya dimiliki oleh mineral-mineral lempung, seperti ilit dan montmorilonit, dan di celah struktur lapis kekisi mineral-mineral ini boleh bertahan beberapa kation. batuan mempunyai keupayaan pertukaran kation yang tinggi jika ia mengandungi banyak mineral lempung. |
zeolite | zeolit | Veterinar | Tiada | Bahan kimia aluminosilikat dengan formula (Si,Al)nO2n, bercas negatif yang diimbangi dengan kation pada ruang-ruangnya. Kation-kation ini mudah bertukar-milik, manakala air dan gas mudah diserap ke dalam ruang-ruang tersebut secara terpilih. Bahan ini digunakan sebagai penapis dan dalam pertanian ia digunakan sebagai pemugar tekstur tanah. Bahan ini juga digunakan dalam makanan ternakan sebagai penyerap toksin serta mengurangkan bau busuk dan ammonia dalam najis. |
double layer | lapisan ganda dua | Pertanian | Tiada | 2. Satu zon larutan tanah berdekatan dengan permukaan zarah tanah yang tebalnya hanya beberapa ion garis pusat, di mana kation-kation dijerap dengan kuat. |
montmorillonite | montmorilonit | Kejuruteraan | Petroleum | Mineral lempung yang mempunyai sifat keupayaan pertukaran kation yang tinggi serta boleh menyerap sekuantiti besar air ke dalam jasadnya. Struktur lapis kekisinya menyerupai mineral ilit tetapi unit kepingan gibsit mineral ini, mengandungi kation Mg2+ sebagai kationnya yang utama. Kation-kation serta molekul-molekul air dapat ditahan di celah lapis kekisinya dan keadaan inilah yang menyebabkan mineral tersebut bersifat menyerap air dengan banyak. |
clay mineral | mineral lempung | Kejuruteraan | Petroleum | Kumpulan mineral bersaiz sangat halus, yang mempunyai binaan asas struktur atom berupa selang lapis antara kepingan gibsit oktahedron dengan kepingan silika oktahedron. Di celah kekisi selang lapis itu boleh tertahan kation-kation bebas, umpamanya molekul air. Di antara mineral yang termasuk dalam kumpulan ini ialah kaolinit, ilit, montmorilonit dan vermikulit. |
cocatalyst | komangkin | Kejuruteraan | Polimer | Bahan (biasanya air) yang digunakan untuk membekalkan elektron kepada mangkin kation bagi memulakan pempolimeran kation. ia jugamembekalkan proton dan rantai kation. |
base saturation | ketepuan bes | Pertanian | Agroteknologi | Peratus tempat pertukaran kation pada permukaan butiran tanah yang diisi oleh kation seperti hidrogen, kalsium, magnesium dan kalium. Permukaan mineral tanah dan bahan organik mempunyai cas negatif yang akan menarik kation tersebut. Lebih tinggi ketepuan bes bermakna lebih banyak kandungan nutrien dalam tanah itu dan kadar pembajaan akan mengambil kira ketepuan bes. Ketepuan bes berkait rapat dengan pH tanah. |
cationic current | arus kation | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian arus elektrik yang dibawa oleh kation. |
anion-cation balance | imbangan anion-kation | Perubatan | Tiada | Keadaan seimbang anion dan kation di dalam larutan. |
cationic polymerization | pempolimeran kation | Kejuruteraan | Polimer | Pempolimeran penambahan yang melibatkan monomer yang kaya dengan elektron bersebelahan ikatan dubel. Ia dimulakan oleh kation yang berpunca daripada asid Lewis yang biasanya logam trihalida. |